Meriah! Sunway Fertility Centre Raikan 1,100 Bayi IVF

Iklan

Sunway Fertility Centre (SFC) baru-baru ini meraikan kelahiran 1,100 bayi persenyawaan in vitro (IVF) di pusat-pusat fertiliti mereka.

Sunway Fertility Centre (SFC) baru-baru ini meraikan kelahiran 1,100 bayi persenyawaan in vitro (IVF) di pusat-pusat fertiliti mereka.

Majlis yang begitu meriah dan gamat itu diadakan di Lotus Hall, Sunway Medical Centre (Sunway City) pada 23 Februari dengan menghimpunkan bayi-bayi IVF.

Majlis perasmian ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Fertility Centre, Woon Ming Ming serta doktor-doktor pakar kesuburan lain.

Menurut beliau, mencapai angka 1,100 bayi IVF adalah bukti kepada dedikasi, kepakaran, dan komitmen tanpa henti daripada pasukan pakar, jururawat, serta perkhidmatan pelanggan yang profesional.

"Sambutan ini bukan sekadar mengenai angka, tetapi tentang harapan dan permulaan baharu yang telah kami bantu wujudkan untuk kebanyakan keluarga.

"Kami kekal teguh dalam misi untuk membawa kebahagiaan kepada lebih ramai keluarga melalui rawatan kesuburan yang canggih," kata beliau.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Kami percaya betapa pentingnya dalam meningkatkan kesedaran tentang ketidaksuburan, yang merupakan isu umum di Malaysia.

Setiap pasangan berbeza dan tiada pendekatan yang sama untuk semua, kerana kami menyediakan penilaian dan kaunseling yang khusus kepada mereka.

Lebih penting lagi, kami menggesa pasangan untuk mendapatkan rawatan lebih awal dan tidak berputus asa,” tambahnya.



Bukan hanya diadakan di Sunway Fertility Centre (SFC) bahkan turut sama meraikan bayi IVF di Sunway Fertility Centre Kuching.

Pada majlis itu, kesemua bayi IVF bersama ibu bapa mereka turut memotong kek bersaiz gergasi yang ditempah khas untuk bayi-bayi comel ini.

Selain itu, sesi perkongsian ibu bapa yang sudi berkongsikan kejayaan mereka pastinya memberi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk mencuba mendapatkan zuriat.

Pencapaian Sunway Medical Centre ini menandakan satu mercu tanda penting dalam usaha berterusan mereka untuk menyediakan rawatan kesuburan dan merealisasikan impian keibubapaan menjadi kenyataan.