MUSIM Raya kali ini semakin meriah dengan pelancaran produk terbaharu dari Warrior Carbonated PLUS!
Jenama minuman bertenaga itu tampil dengan kelainan yang mengujakan apabila melantik Aedy Ashraf sebagai duta jenama rasminya.
Menurut, Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, Adelene Tay, gaya bersahaja, personaliti unik dan aura penuh keyakinan yang ada pada Aedy melambangkan semangat Warrior yang muda, ekspresif dan penuh gaya.
"Sebagai jenama yang memberi tenaga kepada setiap detik, Warrior menjadikan setiap pertemuan lebih menyeronokkan, terutamanya sepanjang Ramadan dan Raya," katanya.
Warrior Carbonated PLUS bukan sekadar minuman biasa, tetapi teman yang menyegarkan setiap momen istimewa.
Diperkaya dengan Vitamin B (B3, B6, B12) serta tersedia dalam dua perisa menarik iaitu Swush Strawberry dan Go Go Grape.
Ia menjadi pelengkap sempurna untuk saat berbuka, berkumpul bersama keluarga, atau menikmati kemeriahan perayaan.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Raya, Warrior turut menganjurkan peraduan ‘beraya bersama Warrior & Aedy Ashraf’ yang memberi peluang kepada peminat untuk beramah mesra dengan pelakon muda itu secara eksklusif.
Penyertaan cukup mudah, hanya beli sebarang produk Warrior Carbonated PLUS bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih.
Lebih menarik, jenama tersebut menawarkan promosi khas di Mydin. Beli dua pek Warrior Minuman Berkarbonat dan dapatkan satu pek percuma. Promosi berkenaan boleh didapati di semua cawangan Mydin seluruh Malaysia.
Dalam pada itu, Aedy Ashraf turut berkongsi keterujaannya.
"Bagi saya, raya adalah tentang menyatukan insan tersayang, berkongsi cerita dan mencipta kenangan. Saya tidak sabar untuk meraikan raya bersama anda semua,"ujarnya.