The Pearl Collection Cabasse kini di Malaysia, sempurna untuk raikan Syawal!

Iklan

Buat peminat audio berkualiti tinggi, ada berita baik!

The Pearl Collection oleh Cabasse kini berada di Malaysia, membawakan pengalaman audio bertaraf mewah terus ke ruang tamu anda.

Iklan
Iklan

Sekiranya anda mencari sistem bunyi yang mampu memberikan kejelasan luar biasa, bass menggegarkan dan reka bentuk elegan, ini adalah koleksi wajib untuk dimiliki.

Seperti yang kita tahu, Cabasse menjadi perintis dalam dunia audio sejak tahun 1950, mencipta teknologi membolehkan bunyi dihasilkan dengan lebih semula jadi, dinamik dan luas.

Iklan

Dengan keunikan teknologi pemprosesan isyarat dinamik multiband dan maklum balas gelung tertutup, The Pearl Collection menjanjikan pengalaman audio yang bebas gangguan serta mampu menghidupkan setiap muzik dengan ketelitian yang luar biasa.

Iklan

Lebih menarik, The Pearl Collection tiba tepat pada waktunya untuk meraikan Syawal!

Bayangkan suasana rumah yang meriah dengan alunan takbir raya, lagu klasik Hari Raya atau sekadar berkumpul bersama keluarga sambil menikmati bunyi yang jernih dan mendalam.

Setiap detik bersama orang tersayang akan menjadi lebih istimewa dengan pengalaman audio berkualiti tinggi yang ditawarkan oleh koleksi ini.

Dengan reka bentuk yang moden dan mewah, The Pearl Collection bukan sahaja berfungsi sebagai sistem audio terbaik tetapi elemen hiasan menaikkan seri rumah anda.

Jadikan Syawal tahun ini lebih bermakna dengan The Pearl Collection oleh Cabasse – membawa kemeriahan dan keindahan bunyi terus ke hati anda!

Berikut senarai harga yang ditawarkan Cabasse Malaysia:

The Pearl Pelegrina – RM160,000 sepasang

The Pearl – RM17,000

Kaki – RM2,400

Aksesori sambung ke dinding – RM1,300

The Pearl Akoya – RM9,000

Kaki – RM1,800

Aksesori sambung ke dinding – RM900

The Pearl Myuki – RM5,600

Aksesori sambung ke dinding – RM900

The Pearl Keshi – RM13,000

The Pearl Sub – RM19,000