Kongsi rezeki bulan Ramadan, rai 100 anak yatim & pelajar maahad buka puasa dengan lauk meriah. ‘Seronoknya dapat duit raya…’

Iklan

TERSENYUM gembira hampir 100 pengunjung cilik yang menjadi tetamu jemputan bagi Majlis Iftar Singgahsana Glam Hall by Ani Catering & Wedding Planner di Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Lagi mengujakan, bukan saja menikmati lebih 80 menu menggiurkan, mereka juga didendangkan dengan sumbangan lagu daripada artis terkenal.

Iklan
Iklan

Antara yang tampil menghiburkan penghuni Madrasah Tahfiz Al Furqan dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Muslimin seperti Noraniza Idris, Ezlynn, Farhan AF, Ayu Damit dan ramai lagi.

Iklan

Sebenarnya, sudah menjadi tradisi buat Pengarah Urusan Ani Catering & Wedding Planner, Che’ Rohani Yusof untuk berkongsi rezeki bersama anak yatim dan pelajar maahad sepanjang bulan Ramadan.

Untuk tahun ini sahaja, seramai hampir 1,000 penghuni rumah anak yatim dan maahad terpilih di Selangor dijemput untuk berbuka puasa bersama di dewan yang serba baharu tersebut.

Iklan

Che’ Rohani yang mesra disapa Kak Ani meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk meraikan anak-anak dengan aktiviti iftar dan sumbangan duit raya.

"Kalau sehari, saya akan jemput lebih kurang 200 orang untuk memeriahkan Singgahsana Glam Hall yang baru dibuka dengan lokasi strategik di tengah bandar.

"Kali ini, majlis lebih seronok dengan kehadiran hampir 100 artis di bawah Persatuan Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) bersama pengamal media,” katanya.

Lauk laku keras

Bercerita tentang lauk iftar, Daging Rendang Palembang dan daging masak hitam antara menu berbuka paling laris dan diminati pengunjung tak kira usia.

Akui usahawan berusia 61 tahun itu, Daging Rendang Palembang misalnya dibikin dengan resipi autentik dari Indonesia menjadi pilihan ramai.

"Saya suka masakan ini kerana kaedah pembikinannya lain daripada lain dan berbeza dengan rendang Melayu. Kena rasa dulu baru tahu keenakannya.

"Bagi mereka yang suka menu kampung, pelbagai juadah boleh dicuba seperti daging salai masak lemak mangga, daging tetel asam pedas, rebung masak lemak dan banyak lagi.

Bukan itu saja, ruang makan yang luas membuatkan pengunjung selesa untuk menikmati aneka kuih-muih tradisional, masakan Barat, sate, kambing bakar dan dim sum.