KEADAAN terkini personaliti media sosial kesayangan rakyat Malaysia, Fatimah Omar Mukhlis, 10, dikhabarkan kurang baik.
Dalam perkembangan terkini, si kecil yang terkenal menerusi The Family UK itu terpaksa ditidurkan untuk menjalani satu lagi prosedur pembedahan biopsi pada Rabu lalu.
Menerusi Instagram, keluarga memaklumkan keadaan anak kedua itu tidak berapa baik biarpun pendarahan berterusan selama lapan hari sebelum ini sudah berhenti pada 24 Mei lalu.
"Bismillahirrahmanirrahim...banyak yang berlaku dalam beberapa hari ini.
Dalam pada itu, pihak keluarga mohon warga maya mendoakan Fatimah agar prosedur itu berjalan lancar tanpa kesan sampingan.
"Kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon anda semua untuk terus mendoakan kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis.
"Semoga ALLAH permudahkan urusan biopsi Fatimah hari ini tanpa sebarang komplikasi. Semoga berkat doa ramai, ALLAH kurniakan keajaiban buat Fatimah," titipnya.
Baca juga: "Tolong doakan Fatimah…” Sukar bernafas, oksigen menurun, doktor sahkan jangkitan kuman
Baca juga: Boleh makan tanpa muntah, keadaan Fatimah beransur baik, Ali risau sempat kirim mainan untuk kakak
[caption id="attachment_144286" width="800"] Keadaan Fatimah pada Mac lalu[/caption]
Warganet mendoakan Fatimah agar gadis kecil yang petah itu kembali sihat. Ujar mereka:
"Moga ALLAH permudah segalanya."
"Semoga Fatimah bt Omar Mukhlis diberi kesembuhan yg segera dan diangkat segala kesakitan dan kembali sihat serta ceria. Fatimah kuat."
"Syifaa buat Fatimah. Semoga ALLAH permudahkan semuanya dan diberi kesembuhan segera."
"Moga diangkat penyakit Fatimah dan lancar segala rawatannya."
Baca juga: Amalkan ayat al-Quran ini untuk penawar semua penyakit. Insya-ALLAH dengan izin-NYA
[caption id="attachment_144292" width="320"] Keadaan Fatimah pada Mac lalu[/caption]
Menerusi hantaran di Instagram, Fatimah dilaporkan menerima rawatan di hospital yang terletak di Birmingham buat pertama kali dimuat naik pada 16 Mac lalu.
Sejak itu, banyak gambar serta video menjalani rawatan sering dimuat naik tanpa keluarganya mendedahkan sakit sebenar yang dihidapi kanak-kanak itu.
Fatimah juga merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.
Anak kedua daripada tiga beradik itu juga pernah menerima Anugerah Bintang Popular bagi kategori Personaliti Media Sosial Popular pada tahun 2018.
Sama-sama kita doakan agar Fatimah sembuh segera.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!