FATIMAH Omar Mukhlis, 7, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial.

Dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK), Fatimah menarik perhatian ramai kerana tidak melupakan bahasa Melayu walaupun membesar di perantauan. Dia juga fasih berkomunikasi menggunakan loghat Kelantan.

Dalam perkembangan terbaru, si cilik itu telah dikejarkan ke hospital susulan kesukaran bernafas.

Menerusi hantaran di Instagram keluarganya, @thefamily.uk, Fatimah terdahulu dikhabarkan berada di bahagian kecemasan hospital susulan masalah kesihatan.

“Tolong doakan Fatimah. Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas.

“Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkannya ke hospital lain….” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fatimah telah pun dipindahkan ke hospital kanak-kanak dan punca kesakitannya sudah dikenal pasti.

“Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection). Paras oksigennya menurun ketika di dalam ambulans tadi.

“Fatimah sudah dipindahkan ke hospital kanak-kanak,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ribuan warga maya menitipkan doa buat Fatimah.

Rata-rata mendoakan agar si cilik berkenaan sembuh segera.

– “Semoga cepat sembuh Fatimah.”

– “Allahuakbar, semoga ALLAH permudahkan segalanya buat Fatimah.”

– “Syafakillah Fatimah sayang, kamu kuat.”

Iklan

– “Allahuakbar, semoga dipermudahkan segala urusan Fatimah sekeluarga.”

Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar.

Sinonim dengan pesanan ‘sek kito jange break,’ Fatimah juga merupakan anak saudara kepada Chef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.

Fatimah juga pernah menerima Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 bagi kategori Personaliti Media Sosial Popular pada tahun 2018.

Comel, petah dan bijak, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar buat ramai terhibur.

Iklan

Selain bahasa Melayu, Fatimah juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam.

Sama-sama kita doakan agar Fatimah sembuh segera.

Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021

Baca juga: [VIDEO]Berucap Guna Bahasa Melayu Di Pentas PBB, Ramai Bangga Tindakan Tuan Ibrahim

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram @thefamily.uk