Bapa Lia Natalia meninggal dunia akibat sakit jantung

Iklan

Bapa pelakon Lia Natalia, Allahyarham Abden Aben, meninggal dunia akibat sakit jantung pada pagi Jumaat di Hospital Queen Elizabeth 2. Jenazah akan dikebumikan di Tawau.

Bapa kepada pelakon Lia Natalia, Allahyarham Abden Aben, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth II (HQE2), Kota Kinabalu, pada pagi Jumaat.

Perkara itu dikongsikan oleh Lia sendiri menerusi laman Instagram miliknya.

"Assalamualaikum semua, terima kasih kepada yang telah mendoakan bapa. Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa bapa telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.50 pagi di Hospital Queen Elizabeth II. Dia pergi pada hari Jumaat, dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

"Buat masa ini, jenazah bapa masih berada di Hospital Queen Elizabeth II. Kami akan membawa jenazah ke lapangan terbang menggunakan perkhidmatan MASkargo dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 6.20 petang.

"Kepada ahli keluarga dan sahabat yang ingin memberikan penghormatan terakhir, boleh hadir ke Masjid Muhibbah Raya untuk solat jenazah. Selesai solat, jenazah bapa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Putih, Tawau.

"Dengan rendah hati, kami sekeluarga ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap bapa sepanjang hayatnya. Jika ada hutang yang belum dilunaskan atau perkara yang belum diselesaikan, mohon hubungi kami. Kami juga memohon agar dihalalkan segala makan minum bapa," katanya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Memetik laporan Harian Metro, Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 33, memaklumkan bahawa bapa tercinta meninggal dunia akibat sakit jantung.

Tambah Lia lagi, Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak November tahun lalu dan kerap berulang-alik ke hospital untuk menerima rawatan.

"Arwah bapa sudah lebih sebulan dirawat di hospital di Tawau sebelum dipindahkan ke HQE2," katanya.



Menurut Lia, beliau sangat rapat dengan arwah bapanya dan sanggup menolak tawaran kerja demi menjaga insan tersayang ketika dirawat di hospital.

"Sebagai anak bongsu, saya sangat rapat dengan arwah bapa dan sanggup menolak tawaran kerja untuk menjaganya di hospital.

"Apapun, saya reda dan ikhlas dengan pemergian bapa kerana pengakhirannya sangat indah. Beliau pergi pada hari Jumaat dan dalam 10 malam terakhir Ramadan," ujar beliau.