Red Box Malaysia lancar kad keahlian artis, beri manfaat berbaloi-baloi!

Iklan

Red Box Karaoke Malaysia melancarkan Kad Visa RedPay Kelab Artis khas untuk artis tempatan.

BUAT peminat karaoke dan golongan artis tempatan, ada berita menarik untuk anda! Red Box Karaoke, jenama hiburan karaoke terkemuka di Malaysia, baru-baru ini melancarkan Kad Visa RedPay Kelab Artis khas buat artis tempatan.

Malah, lebih menarik, kad ini bukan sekadar kad biasa, ia penuh dengan manfaat dan keistimewaan eksklusif!

Bertempat di Red Box Plus, Exchange TRX Kuala Lumpur, majlis pelancaran ini berlangsung meriah dengan kehadiran ramai selebriti, syarikat rakaman serta pelanggan setia.

Majlis ini juga menjadi bukti bahawa industri muzik tempatan semakin berkembang dengan pelbagai inovasi baharu.

Menurut Pengurus Besar Red Box Karaoke Malaysia, Terry Swee, pelancaran kad ini adalah sebahagian daripada langkah strategik Red Box dalam menerokai dunia pembayaran digital sambil menggabungkan hiburan dan kemudahan kewangan.

Beliau menegaskan bahawa matlamat utama Red Box adalah untuk menyediakan pengalaman hiburan yang lebih memuaskan dan penuh ganjaran kepada ahlinya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Kad RedPay Visa ini bukan sekadar kad keahlian biasa. Dengan keahlian ini, ahli akan mendapat akses serta-merta kepada ganjaran dan promosi eksklusif.

Ia juga memudahkan transaksi tanpa tunai di cawangan Red Box dan seluruh dunia melalui rangkaian Visa. Selain itu, ahli boleh menikmati pelbagai ganjaran menarik seperti mata kesetiaan dan pulangan tunai apabila menggunakan perkhidmatan Red Box.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan akses awal ke acara Red Box, menikmati keistimewaan VIP serta tawaran bermusim yang eksklusif.

Bagi para artis dan pemuzik, kad ini turut memberikan akses ke ruang latihan nyanyian eksklusif bagi membolehkan mereka berlatih dalam suasana yang lebih selesa dan profesional.

Red Box juga berperanan sebagai inkubator bakat baharu dengan menyediakan platform untuk syarikat rakaman menganjurkan pelbagai acara seperti sesi bertemu peminat, pelancaran album dan parti eksklusif.

Pelancaran Kad RedPay ini juga bertepatan dengan ulang tahun ke-25 Red Box yang disambut dengan tema JOMNYANYI.

Kempen berkenaan bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia meraikan muzik dan karaoke. Sama ada anda seorang penyanyi profesional atau sekadar suka berkaraoke dengan rakan-rakan, Red Box mengalu-alukan semua untuk turut serta dalam kempen ini.



Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, Red Box turut mengumumkan senarai 50 Lagu Paling Popular dalam kategori Melayu, Cina dan Antarabangsa.

Lebih menarik, 50 artis yang terlibat akan dipaparkan di papan tanda digital Bukit Bintang! Jadi, kalau lalu di kawasan tersebut, jangan lupa tengok siapa yang terpilih!

Dengan inovasi baharu ini, Red Box terus membuktikan bahawa hiburan dan teknologi boleh digabungkan untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pelanggan.

Jika anda seorang artis atau peminat muzik, inilah masanya untuk menyertai RedPay dan menikmati pelbagai ganjaran eksklusif.

Jom sertai kemeriahan ini, nikmati hiburan terbaik dan cipta kenangan indah dengan lagu kegemaran anda di Red Box!