BAGAIKAN mimpi ngeri apabila orang yang dikenali sebagai wanita ternyata lelaki!
Ini kisah benar yang terjadi di negara kita baru-baru ini, apabila ‘teman wanita’ yang sudah dikenali oleh seorang pemuda selama tiga minggu itu rupa-rupanya berstatus ‘lelaki berloceng’.
Kejadian mengejutkan itu telah didedahkan oleh Maya Syuhada Rosley di Facebooknya, yang merupakan kakak kepada pemuda tersebut.
Pada awal perkenalan, gadis berpurdah itu memperkenalkan dirinya sebagai Hidayah yang berasal dari Sabah (namun tinggal di Kuala Lumpur), anak yatim piatu, tiada adik-beradik lain serta berstatus mualaf.
Kisah bermula apabila Hidayah mula menyatakan hasrat mahu meraikan Aidilfitri dengan keluarga Maya di Pontian, Johor, dengan alasan dia tiada sesiapa di Kuala Lumpur.
Dengan hati yang cukup teruja, keluarga Maya membuka tangan seluas-luasnya untuk menyambut kedatangan tetamu istimewa ini.
Sehari sebelum tiba di sana, Hidayah sempat memberitahu Maya bahawa saiz badannya sedikit besar selain mengakui personalitinya yang seperti tomboi.

