Lindungi kulit, elak sinaran berbahaya

Iklan

Cuaca tropika Malaysia menjadikan pemakaian sunscreen bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan

MENJELANG hari raya, suasana pasti lebih meriah. Persiapan baju baru, kuih raya, dan rumah terbuka sememangnya menggembirakan, tetapi bagaimana dengan penjagaan kulit?

Dengan banyak aktiviti di luar rumah seperti ziarah-menziarahi dan sesi bergambar di bawah sinar matahari, kulit kita terdedah kepada risiko kerosakan akibat sinaran UV.

Oleh itu, pemakaian pelindung matahari atau sunscreen bukan sekadar rutin kecantikan, tetapi satu keperluan harian untuk kesihatan kulit yang optimum.

Sinaran matahari memberi banyak manfaat, tetapi pendedahan berlebihan kepada sinaran UV boleh menyebabkan kesan buruk kepada kulit. UVA dan UVB yang menembusi kulit boleh menyebabkan selaran matahari, iaitu kulit menjadi kemerahan, sakit, dan mengelupas.

Selain itu, berlaku penuaan pramatang. Kedutan dan garis halus muncul lebih awal, hiperpigmentasi yang mana bintik hitam dan tona kulit tidak sekata.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Malah, ia turut mengundang risiko kanser kulit. Pendedahan jangka panjang boleh meningkatkan risiko penyakit serius.

Memetik perkongsian Hello Doktor yang menemuramah pakar kulit dari Perubatan Bukit Tinggi, Dr Goh Siew Wen semasa menyertai Kongres Dermatologi Sedunia di Singapura, cuaca tropikal di Malaysia menyebabkan kita terdedah kepada cahaya matahari sepanjang tahun.

"Kulit orang Asia seperti kita lebih mudah mendapat pigmentasi akibat sinaran matahari.

"Ramai yang percaya bahawa orang yang berkulit gelap tidak memerlukan pelindung matahari, dan ini tidak benar sama sekali. Kepentingan sunscreen itu bukan satu mitos, ya," kata beliau.

Menurut beliau lagi, kesilapan biasa segelintir individu adalah tidak menggunakan sunscreen dalam jumlah yang mencukupi.

Untuk perlindungan optimum:

- Gunakan sekurang-kurangnya satu sudu kecil untuk muka dan leher.

- Sapukan 20 minit sebelum keluar rumah.

- Ulangi pemakaian setiap dua hingga tiga jam, terutama jika berpeluh atau berenang.

- Pilih sunscreen SPF 50 PA untuk perlindungan spektrum luas.

Formulasi unik

Disebabkan keperluan perlindungan matahari yang tinggi di Malaysia, pelbagai produk pelindung matahari hadir dengan formulasi berbeza.

Salah satu pilihan yang mendapat pengiktirafan adalah UVeCARE 3 dalam 1 Brightening Up Sunscreen SPF50 PA.

Dianugerahkan Face Brightening Sunscreen Award dalam Natural Health Readers’ Choice Awards, produk tersebut membantu sebagai pelindung matahari berkualiti tinggi yang bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan tetapi juga membantu menyerlahkan dan memperbaiki penampilan kulit.





Dengan gabungan perlindungan, hidrasi, dan pencerahan, ia menjadi produk wajib dalam rutin penjagaan kulit anda.

Dengan formulasi unik, UVeCARE bukan sahaja memberikan perlindungan hebat tetapi juga manfaat penjagaan kulit tambahan, menjadikannya pilihan ideal untuk kegunaan harian.



Selain pemakaian sunscreen, beberapa langkah tambahan boleh membantu melindungi kulit:

- Pakai pakaian berlengan panjang untuk menutup kulit.

- Gunakan kaca mata hitam untuk melindungi mata.

- Pakai topi lebar untuk mengurangkan pendedahan UV.

- Elakkan berjemur terlalu lama, terutama antara 10 pagi hingga 4 petang.

- Gunakan pelembap bibir dengan SPF untuk melindungi bibir daripada kekeringan.

Jangan lupa pakai sunscreen walaupun di dalam rumah!

Ramai yang menganggap mereka selamat daripada sinaran UV jika berada di dalam rumah atau bangunan.

Namun, cahaya matahari masih boleh menembusi tingkap dan memberi kesan kepada kulit.

Oleh itu, pemakaian sunscreen dua kali sehari tetap disarankan, walaupun anda tidak keluar rumah.

Dengan pemakaian sunscreen yang konsisten dan perlindungan tambahan, anda boleh menikmati Hari Raya dengan kulit yang sihat dan berseri.

Justeru, jangan biarkan sinaran UV merosakkan kegembiraan anda untuk beraya dengan selamat dan lindungi kulit anda setiap hari!