Trend menari untuk dapat duit raya, Ustazah Asma' Harun beri teguran. ‘Syawal ibarat mereka yang balik haji...'

Iklan

AIDILFITRI tahun ini bukan sahaja lagu raya baharu menjadi tumpuan, malah beberapa trend tarian turut menjadi ikutan orang ramai untuk dilakukan bersama ahli keluarga.

AIDILFITRI tahun ini bukan sahaja lagu raya baharu menjadi tumpuan, malah beberapa trend tarian turut menjadi ikutan orang ramai untuk dilakukan bersama ahli keluarga.

Salah satunya trend menari sebagai syarat untuk menerima duit raya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Namun begitu, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, tampil memberi nasihat agar umat Islam, terutamanya golongan wanita, lebih berhati-hati dalam mengikuti budaya yang boleh mencemarkan nilai-nilai Islam.

Beliau turut menekankan bahawa Syawal seharusnya menjadi bulan untuk meningkatkan akhlak dan menjaga batas sebagai seorang Muslim, bukannya mengikut budaya yang boleh membawa kepada kelalaian.

"Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget, selepas itu rakam dan muat naik. Ramai wanita Islam, tua muda, buat perkara yang sama.

"Syawal ibarat mereka yang balik haji. Selepas sebulan Ramadan, sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan normalisasikan,” tulis Ustazah Asma’ dalam satu perkongsian di Facebook.

Beliau turut mengingatkan bahawa media sosial mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat, dan setiap kandungan yang dikongsi boleh memberi kesan sama ada positif atau negatif kepada individu lain, terutama generasi muda.



Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju bahawa trend seperti ini tidak wajar dijadikan kebiasaan, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita Muslim.

Mereka berharap agar masyarakat lebih peka dalam menjaga adab dan maruah, terutamanya di musim perayaan yang sepatutnya dipenuhi dengan keberkatan dan nilai kesederhanaan.