'Kami lari sehelai sepinggang...' Mangsa tragedi Putra Heights melecur kulit kepala sampai kena cukur, nenek 85 tahun sanggup lompat tebing tinggi

Iklan

DI saat semua masih dalam mood raya, keheningan pagi 2 Syawal sekelip mata bertukar tragedi bagi penduduk sekitar Putra Heights, Subang Jaya.

Siapa sangka letupan saluran paip gas pada sekitar jam 8 pagi meranapkan kegembiraan Aidilfitri keluarga ini.

Salah seorang mangsa tragedi letupan paip yang dikenali sebagai Emma yang mana kediamannya selang satu blok daripada lokasi kebakaran berkongsi detik cemas pada pagi itu.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Apa yang meluluhkan hati, semua ahli keluarga mengalami kecederaan lecur pada kepala susulan letupan. Malah, lebih menyayat hati wanita yang sedang hamil itu terpaksa berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Dalam temu ramah bersama stesen radio tempatan, wanita itu berkata beliau seisi keluarga dalam perancangan untuk keluar berziarah raya ke Negeri Sembilan.

"Sebelum kejadian dalam kami merancang untuk keluar pada pukul 9 atau 10 pagi. Namun disebabkan pada malam raya itu semua balik lewat maka, pukul 8 pagi sepatutnya semua patut bangun.

"Masing-masing masih mengantuk. Tiba-tiba terdengar bunyi 'boom' dan kami kelam- kabut keluar (dari rumah untuk menyelamatkan diri) tanpa sempat membawa telefon bimbit.



"Kelam- kabut tak sempat bawa apa-apa, keluar sehelai sepinggang," katanya.

Kata Emma, neneknya yang berusia 85 tahun juga berjuang untuk menyelamatkan diri hingga sanggup terjun daripada tebing yang tinggi.

"Nenek saya yang juga kepanasan lari tidak tentu arah. Nenek yang tertinggal di belakang lompat dari sebuah tebing yang saya kongsikan di dalam video.

"Mujurlah ada jiran yang sambutnya di bawah, selamatkannya dan bawa lari ke tempat yang selamat," katanya.



Susulan kejadian , difahamkan warga emas itu mengalami melecur pada bahagian belakang badan.

Ujar Emma mereka sekeluarga berpecah demi menyelamatkan nyawa.

"Ada yang menaiki kereta jiran, ada yang berlari sendiri sampai ke hujung kampung, ada yang orang tumpangkan dalam kenderaan.

"Semua berpecah," kongsinya.



Dalam video berdurasi 29 saat yang dimuat naik di TikTok, dedah Emma ahli keluarga beliau dikenali sebagai Abang Mat, isteri dan anaknya mengalami kecederaan paling teruk.

"Abang Mat melecur hampir seluruh badan, anaknya Mariam melecur pada dahi, betis dan tapak tangan.

"Isterinya, Kak Mira pula yang sedang hamil pun berlari sambil dukung Mariam.



"Semua berlari tanpa selipar. Kulit kepala melecur sampai kena cukur.

Apapun alhamdulillah syukur semua dipanjangkan umur," titip Emma.

Letupan yang setinggi 20 tingkat itu yang boleh dilihat dari arah Cyberjaya mengakibatkan 237 rumah terjejas.

Seramai 305 mangsa cedera akibat melecur dan tersedut haba panas. 365 kenderaan terbakar melibatkan 275 kereta serta 56 motosikal keseluruhannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai RM5,000 untuk pemilik rumah terjejas dan RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang rosak.

Sebahagian Kerajaan Persekutuan, negeri dan Petronas akan ambil tanggungjawab perbaiki; ganti sepenuhnya perumahan.

Biarpun dikatakan mendapat projek kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan beberapa pihak berwajib, penduduk menerusi laman sosial TikTok berkongsi kehadiran jentera pengorek didakwa dalam kawasan jajaran paip gas berpagar, beberapa hari sebelum tragedi.

Video rangkuman berdurasi satu minit 41 saat bertarikh 30 Mac itu turut menunjukkan kemunculan jentera pengorek kaut dan kerja-kerja pengorekan tanah melangkaui kawasan berpagar.

Sumber: Era, TikTok emxakmxr