SYAWAL adalah bulan mulia dan masanya untuk kita bersalaman sesama ahli keluarga dan sahabat handai bagi memohon keampunan atas kesalahan yang telah dilakukan.
Namun begitu, ada segelintir individu sempat mengikuti konten yang tular di media sosial, iaitu 'aku berlutut? Tidak akan berlaku' ketika meminta maaf.
Meskipun nampak hanya sekadar gurauan, namun trend itu sedikit sebanyak boleh membawa pengaruh negatif kepada orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail tampil memberikan teguran bahawa adab bermaafan tidak sepatutnya dipermainkan. Lebih-lebih lagi apabila ia digunakan sewaktu bersalaman dengan orang terdekat kita.
"Sekarang tengah ada trend tular di TikTok yang mengatakan tidak akan melutut ketika meminta maaf. Ada anak yang buat kepada ibu bapa, ada isteri yang buat kepada suami, dan ada adik yang buat kepada kakak.
"Kita kalau nak buat jenaka, nak buat lawak, ada hadnya. Perlu tahu di mana boleh dan di mana tidak boleh,” katanya di sebuah video yang dimuat naik di Instagram.
Trend bermaafan ‘aku berlutut? Tidak akan berlaku’ dianggap jenaka, PU Riz tampil beri teguran
Iklan