MERIAHNYA sambutan Aidilfitri kali ini. Bukan saja havoc dengan trend #serumpunchallenge dan OOTD lain macam, sanak saudara juga dapat berkumpul bersama.
Walaupun setahun sekali dapat bersua muka, namun ikatan persaudaraan dapat dikekalkan dengan kunjungan dan jamuan makan-makan.
Uniknya di Sarawak, hidangan raya yang dijamu kepada pengunjung memang tak masuk akal.


Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Bayangkan untuk hidangan pencuci mulut seperti kek lapis saja, lebih 25 perisa ditawarkan. Tak ubah macam kita masuk kedai kek jer.
Kongsi pengguna Facebook, Mohd Idham Khalid yang memetik konten #jamillejen turut teruja apabila sambutan Aidilfitri di Sarawak pasti dihidangkan dengan hidangan popular, kek lapis.
Tulisnya, Kek Lapis Sarawak bukan sekadar hidangan manis, tetapi juga lambang keunikan budaya dan kemeriahan Aidilfitri.
"Setiap lapisan kek yang berwarna-warni melambangkan kegembiraan dan kesabaran kerana proses pembuatannya yang rumit memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi.
"Bila kita datang beraya, kita akan disajikan dengan pelbagai corak dan perisa kek lapis seperti kek lapis masam manis, kek lapis Horlick, kek lapis India dan kek lapis evergreen,” kongsinya yang mesra disapa Abang Jamil.
Soal rasa pula, secara jujur komen Abang Jamil memang win.
"Lembut dan kaya dengan bahan mentega, susu pekat dan esen perisa. Kalau kek lapis Oreo tu, rasa Oreo dia memang padu. Kek lapis Horlick rasa Horlick dia memang tak kedekut.
"Nak buat kek lapis Sarawak ni perlukan kesabaran, ketelitian dan kemahiran tinggi. Setiap lapisan kena dibakar satu persatu sebelum lapisan baru ditambah. Ini boleh ambil masa berjam-jam bergantung pada corak dan ketebalan kek,” tulisnya.
Barangkali disebabkan proses yang rumit dan bahan yang berkualiti antara faktor harga kek lapis Sarawak agak mahal.
Bayangkan, sebiji kek lapis asli buatan tangan boleh mencecah hingga ratusan ringgit bergantung pada corak, bahan dan saiznya.
"Namun, walaupun kos nak buat kek lapis Sarawak tinggi, ia tetap menjadi pilihan utama di hari raya kerana keunikan rasanya dan tradisi budaya berzaman.
"Mana corak yang cantik tu kadang Abang jamil nak makan pun rasa sayang. Kalau datang Sarawak korang wajib beli kek lapis Sarawak,” ungkap beliau lagi.
Rata-rata pengguna Facebook yang lain turut berkongsi pengalaman ahli keluarga membuat kek lapis untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.
"24 Jenis kek raya tahun tok..semua buat sendiri.” - Norfaeza Deraman
"Sama meriah...bezanya tak dapat nk letak full kek..ada anak kecik tahun ni 29 jenis kek ..siapa-siapa nak beraya boleh datang beraya, area Pending, kuching sarawak .” - Ieqa Schafieqa
"Yang ini masa pergi open house dekat satu-satunya kampung Melayu dekat daerah saya. Adalah dalam 40 buah keluarga macam tulah. Dia orang buat 74 Jenis kek lapis Sarawak..” - Harry Empaling
"Baru jer balik beraya rumah kawan tadi. Tahun ni buat tak banyak, dalam 30 jenis jer.. Depan tu ada lagi kek lapis..angle ambik gambar tak sampai ...lokasi Kuching.” - Diana Willie