Sompoton Spa kini di Dorsett Grand Subang

Iklan

Sompoton Spa memperkenalkan Program Penjagaan Wanita, satu pengalaman kesihatan yang direka khas untuk memelihara kesihatan tubuh dan minda.

SOMPOTON Spa terus mengorak langkah dengan memperluaskan rangkaiannya menerusi pembukaan rasmi di Hotel Dorsett Grand Subang.

Majlis pelancaran spa itu disempurnakan oleh bekas Senator, Datuk Seri Dr Zurainah Musa, dengan sokongan daripada Dorsett Grand Subang, BeauHeal dan Lago by the Lake.

Iklan
Iklan

Acara berprestij itu dianjurkan oleh Pengasas Sompoton Spa, Megan Tan, dengan kerjasama Miss Malaysia Kebaya.

"Kami sangat teruja untuk meraikan pembukaan rasmi spa kami di Dorsett Grand Subang.

Iklan

"Ini merupakan satu pencapaian penting, dan kami berbesar hati untuk berkongsi detik istimewa ini dengan anda semua," kata Megan Tan.

Di Dorsett Grand Subang, mereka komited dalam menyediakan layanan hospitaliti bertaraf dunia, dan kini komitmen tersebut diperkukuhkan lagi dengan pelancaran Sompoton Spa, sebuah tempat perlindungan untuk relaksasi, pemulihan, dan kesejahteraan diri.

Iklan

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, penjagaan diri bukan lagi sekadar kemewahan, tetapi satu keperluan.

Oleh itu, spa tersebut direka khas untuk memberikan ruang ketenangan yang mana anda boleh berehat dan mengembalikan keseimbangan diri.

Sompoton Spa memperkenalkan Program Penjagaan Wanita, satu pengalaman kesihatan yang direka khas untuk memelihara kesihatan tubuh dan minda.

Program tersebut merangkumi urutan limfatik yang membantu menyahtoksin dan meningkatkan peredaran darah, menjadikan anda lebih segar dan bertenaga.

Selain itu, penggunaan kompres herba yang diperkaya dengan herba penyembuhan membantu mengurangkan ketegangan otot dan memberikan ketenangan mendalam.

Seterusnya, lulur halia bagi menyediakan pengelupasan lembut untuk mencerahkan kulit dan memperbaiki peredaran darah, minyak urut pelangsingan yang meningkatkan keanjalan kulit dan menyegarkan tubuh serta rawatan wap herba bagi membersihkan, menghidrat dan menenangkan deria anda.

Setiap rawatan ini dirangka dengan teliti untuk memberi pengalaman holistik yang menyegarkan dan memberi tenaga baru.

Selain program ini, Sompoton Spa turut menyediakan pelbagai rawatan lain yang memenuhi keperluan kesihatan dan kesejahteraan peribadi anda, memastikan setiap kunjungan meninggalkan kesan positif.