MENJADI kebiasaan ketika sambutan Aidilfitri, seorang bapa akan memberikan duit raya kepada anak-anak. Namun, berbeza pula dengan sebuah keluarga ini apabila si bapa menyerahkan geran hibah kepada setiap anak sempena Hari Raya baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian video yang tular di TikTok oleh pengguna dikenali sebagai Dr GTR, kelihatan si bapa menghulurkan kertas berupa dokumen hibah kepada anak-anak yang beratur untuk bersalaman dengannya.
Menurut kapsyen yang disertakan, pengguna tersebut memaklumkan bahawa bapanya berpandangan jauh walaupun hanya seorang petani dan tidak bersekolah tinggi, namun mengambil keputusan menghibahkan hartanya untuk mengelak pertikaian pada masa akan datang.
"Ayah ni seorang yang berpandangan jauh. Walaupun tak belajar tinggi dan hanyalah seorang petani sejak muda, tapi berjaya membesarkan kami lapan beradik.
"Dia tahu kalau suatu hari nanti dia tiada, dia tak mahu anak-anaknya bergaduh berebut harta. Jadi, dia ambil keputusan untuk menghibahkan semua hartanya kepada anak-anak. Allahuakbar ayahku,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pengganti duit raya, bapa serah hibah kepada anak-anak, curi tumpuan ramai!. 'Tak mahu bergaduh berebut harta'
Iklan