Dapatkan HONOR Pad X9a! Tablet canggih dengan paparan FullView 2.5K & bateri 8300mAh lebih luar biasa

Iklan

PELANCARAN peranti versi wi-fi terbaharu, HONOR Pad X9a dengan ciri paparan dan kapasiti bateri dipertingkatkan, dijangka bakal mengatasi jualan model terdahulu.

Tablet dengan saiz bateri 8300mAh tersebut dibangunkan selepas kejayaan HONOR Pad X9 yang direkodkan paling laris menerusi jumlah penghantaran tertinggi dalam segmennya pada tahun 2023.

Iklan
Iklan

HONOR berkata, selain direka sebagai ‘teman menonton drama’ terbaik, HONOR Pad X9a juga sesuai untuk peminat tegar yang sentiasa menyaksikan siri kegemaran tidak kira masa dan tempat.

"Lagi merancakkan jualan, penawaran papan kekunci dan pen stylus secara percuma juga akan menambah nilai produk kepada pengguna,” katanya.

Iklan

Berikut antara lain spesifikasi HONOR Pad X9a:

  • Standard baharu dengan Paparan HONOR FullView 2.5K dan saiz 11.5 inci untuk visual luar biasa, warna terang dan butiran jelas.
  • Kadar segar semula 120Hz ultra lancar dan transisi sempurna.
  • Dilengkapi dengan teknologi Keselesaan Mata HONOR bagi mengurangkan ketegangan mata untuk sesi tontonan lebih lama.
  • Jaminan hiburan hingga 11.5 jam sekali cas dan menyokong pengecasan pantas dengan 35W HONOR SuperCharge.

Maklumat lanjut, layari Facebook rasmi HONOR Malaysia atau www.honor.com/my/.

Iklan