FUJIFILM Corporation (FUJIFILM) menawarkan pilihan kamera digital pertama siri GFX, GFX100RF dengan lensa terbina dalam dan sensor imej format 1.7 kali lebih besar berbanding biasa.
Pengenalan model paling ringan dalam siri berkenaan membawakan pengalaman fotografi beresolusi tinggi kepada lebih ramai pengguna tempatan.
Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Teiichi Goto berkata, model tersebut menampilkan sensor imej berkelajuan tinggi, GFX 102MP CMOS II, dan enjin pemprosesan imej berkelajuan tinggi, X-Processor 5.
"Lebih menarik, reka bentuk lensa dan badan lagi kompak dengan berat hanya 735 gram, sekali gus menjadikannya model paling ringan dalam siri GFX.
"GFX100RF juga merupakan kamera pertama yang dilengkapi ciri Dail Nisbah Aspek yang membolehkan pengguna menukar sembilan format penggambaran berbeza untuk pengalaman penggambaran lebih menyeronokkan,” katanya.
Selain dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan terkini yang memberikan prestasi tinggi dalam pelbagai situasi, GFX100RF juga menggabungkan teknologi dan reka bentuk canggih.