Rawatan Islam dibayar seikhlas hati? PU Syed tegaskan perlu ada bayaran tetap untuk perawat

Iklan

ADA pesakit yang bertahun-tahun mendapatkan rawatan di hospital tetapi tidak sembuh sepenuhnya. Adakah perlu menyalahkan doktor atau pun ubat?

Disebabkan itu, ada di antara mereka yang sanggup mendapatkan rawatan di tempat lain pula sebagai usaha untuk kesembuhan.

Iklan
Iklan

Doktor sudah pun memberitahu, keputusan ujian darah normal, x-ray pun tiada masalah. Tidak salah untuk cuba cara lain sebagai usaha dan ikhtiar.

Kebanyakan rawatan cara Islam tidak mengenakan bayaran tetap dan hanyalah sumbangan seikhlas hati. Namun, adakala bayaran yang diterima amatlah menyedihkan.

Iklan

Menerusi perkongsian mantan juara pencetus ummah musim ke-3, PU Syed Mohd Bakri di akaun Instagram miliknya, ramai perawat di luar sana menjadikan pekerjaan ini sebagai sumber utama pendapatan.

"Mereka merawat bukan sekejap. Kita sanggup bayar doktor dengan harga yang mahal kerana menggunakan khidmat mereka dengan harapan untuk sembuh.

Iklan

"Tetapi mengapa kita bayar hanya seikhlas hati apabila berikhtiar menggunakan khidmat perawat?

"Menetapkan upah pada kerja mereka tidak salah kerana di zaman Rasulullah SAW ada kisah sahabat yang mengubati seorang ketua kampung yang disengat dan menerima upah. Rasulullah tidak melarangnya” ujarnya.

Beliau menyambung, walau bagaimanapun harga yang ditetapkan itu perlu sepadan dengan perkhidmatan yang diberikan.