500KM sekali cas! e:N1 Serba Baharu kini dibuka untuk tempahan. RM99 jer dah boleh booking EV pertama Honda

Iklan

PERCAYA atau tidak, hanya RM99 jer untuk tempah kereta berkuasa elektrik (EV) pertama keluaran Honda!

e:N1 Serba Baharu nampaknya mampu merealisasikan impian peminat jentera futuristik dengan bajet yang boleh dikira masuk akal.

Iklan
Iklan

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, model canggih berkenaan dijangka akan dilancarkan menjelang suku kedua tahun ini sekali gus menyerlahkan tekad Honda ke arah tenaga hijau.

Fakta menarik mengenai Honda e:N1. Ia dibina menggunakan e:N Architecture F, sebuah platform pacuan hadapan (FWD) yang dikuasakan bateri lithium-ion berkapasiti 68.8kWh.

Iklan

Selain itu, ia mampu menghasilkan output maksimum 150kW dan tork 310Nm dengan jarak pemanduan sejauh 500 kilometer (km) mengikut kitaran NEDC.

Iklan

Boleh dikatakan satu angka yang cukup meyakinkan untuk pemandu bandar dan luar kota!

Menariknya, e:N1 tampil dengan gaya moden, ringkas dan praktikal untuk kegunaan harian.

Bahagian luaran nampak menawan dengan lampu utama LED sepenuhnya, lampu belakang LED bergaya jalur dan port pengecasan hadapan tersembunyi untuk pengecasan AC dan DC.

Uniknya, terdapat juga indikator pengecasan di atas gril hadapan yang memudahkan pemantauan status pengecasan.

Untuk melengkapkan gaya luaran, ia dipadankan dengan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci dan menampilkan identiti baharu Honda dalam segmen BEV melalui simbol rasmi elektrifikasi H berwarna putih.

Kalau disemak saiz pula, jentera moden itu mempunyai panjang 4,380milimeter (mm), jarak roda 2,610mm dan ketinggian 1,592mm.

Dimensi tersebut memberikan keseimbangan ideal antara reka bentuk kompak dan ruang dalaman yang selesa.

Seterusnya menjadikannya pilihan praktikal untuk pemandu urban yang inginkan gabungan gaya, prestasi serta fungsi harian.

Soal keselamatan juga memang tip top.

Pelbagai ciri keselamatan canggih termasuk Maklumat Titik Buta (BSI), Paparan Trafik Melintas (CTM) dan sembilan ciri dalam sistem Honda Sensing yang terbukti membantu memberikan perlindungan menyeluruh.

Untuk memberi sokongan penuh kepada pemilik masa depan e:N1, Honda Malaysia melantik lapan pengedar sah di tiga wilayah tengah, utara dan selatan yang akan berfungsi sebagai pusat khidmat nasihat dan rujukan rasmi bagi model tersebut.