Siti Hariesa umum sedang kenali jejaka istimewa, sedia kongsi bila sah. 'Tak kisah majlis gah, asal sepakat'

Iklan

SUDAH bersedia menukar status, pelakon meningkat naik Siti Hariesa berkongsi bahawa dirinya kini sedang merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan dengan mendirikan rumah tangga.

Iklan
Iklan

Memilih untuk tidak terlalu terbuka soal cinta, Hariesa bagaimanapun tidak berselindung bahawa hatinya kini sedang berbunga.

"Sejujurnya, saya dah umur berapa, mestilah saya terfikir soal kahwin. Cuma buat masa ini, kami sedang tunggu masa yang tepat.

Iklan

"Perancangan memang ada. Insya-Allah, bila tiba waktunya, saya akan kongsi kepada semua,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQiYI 2025 di EQ Kuala Lumpur.

Namun begitu, Hariesa menafikan khabar angin kononnya beliau akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, apatah lagi tahun ini kerana jadual seni yang padat.

Iklan

"Saya masih aktif berlakon, jadi banyak komitmen kerja yang perlu diberi keutamaan. Kena tengok jadual masing-masing juga,” jelasnya.

Pelakon drama Perempuan Itu itu turut menegaskan bahawa walaupun tidak begitu gemar mendedahkan kisah peribadi, beliau mahu orang tahu bahawa dirinya kini dalam fasa yang cukup membahagiakan.

"Fokus utama saya tetap kepada kerjaya lakonan. Orang kenal pun sebagai pelakon dan sebolehnya nak orang fokus kepada bakat saya.

"Sebaiknya kekal 'lowkey' dalam kehidupan peribadi tetapi mengenai perkahwinan nak bagitahu dunia saya sedang jatuh cinta,” katanya sambil tersenyum.

Ditanya mengenai konsep perkahwinan impian, Hariesa secara bersahaja berkata dia bukanlah jenis yang terlalu menuntut majlis gah.

"Saya tak kisah sangat. Kalau ada rezeki lebih, mungkin saya buat yang terbaik. Tapi semua tu kena bincang dengan pasangan dulu,” katanya lagi.

Untuk rekod, sebelum ini Hariesa pernah mengakui sedang mengenali seseorang, namun memilih untuk tidak terlalu terburu-buru kerana percaya perkahwinan menuntut persediaan dari segi emosi dan kewangan.

Malah, bintang drama Rajuk Karina itu turut pernah berkongsi impian memiliki pasangan yang baik hati, menghormati keluarga dan boleh menjadi pelengkap hidupnya kelak.

Untuk makluman, platform penstriman digital iQIYI terus mengorak langkah sebagai peneraju hiburan dengan pelbagai perancangan menarik sepanjang 2025.

Selepas kejayaan luar biasa tahun lalu, iQIYI memperkukuh kedudukan dengan kerjasama bersama Media Prima, MIG Production, Skop Production, Pencil Picture Production dan Zeel Production bagi menghasilkan lebih banyak kandungan eksklusif.

Antara drama iQIYI Original yang bakal mencuri tumpuan tahun ini termasuk Mawar Dahlia, Dosa Cinta, Safira dan Griya.