Niat nak ambil berkat, tapi langgar peraturan. Jemaah ditahan gara-gara borong pasir Tanah Suci

Iklan

PELUANG menjejakkan kaki ke Mekah antara impian setiap umat Islam yang berkemampuan.

Itu belum jackpot kalau dapat tawaran menunaikan umrah atau haji percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh individu prihatin.

Iklan
Iklan

Perjalanan ke Tanah Suci bukanlah semata-mata percutian rohani, malah ia satu peluang untuk dekat kepada ILAHI.

Namun, lain pula halnya bila jemaah ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah lapangan terbang selepas membawa pulang sesuatu yang tak disangka-sangka.

Iklan

Menurut perkongsian pengguna TikTok, @asiaimanwisata yang mendedahkan jemaah ditahan gara-gara membawa pulang pasir dari Tanah Suci.

Iklan

Kapsyen ringkas yang dikongsikan menerusi video pendek berdurasi 44 saat itu sebagai pengajaran buat jemaah lain supaya tidak berbuat perkara sama.

Peliknya, berbotol-botol pasir dibawa pulang dikatakan sebagai mengambil keberkatan dari bumi Mekah sehingga membuatkan ramai tepuk dahi.

Jika melihat video tersebut, botol berisi pasir ditemui selepas pemeriksaan bagasi dibuat dan tak semena-mena jemaah tersebut ditahan.

Tidak pasti jemaah tersebut dari negara mana, namun tindakan sedemikian membuatkan netizen berkongsi reaksi terkejut dan kesal.

Rata-rata mereka mengingatkan, keberkatan terletak pada niat, amalan dan doa sendiri dan bukannya benda fizikal yang boleh mengundang syirik.

Perlu diingatkan, membawa pulang batu atau pasir dari Tanah Haram adalah dilarang sama sekali kerana disifatkan boleh mencemarkan kawasan itu.

Tak fasal-fasal boleh dikenakan tindakan tegas oleh undang-undang tempatan. Jadi, jangan sesekali kita alpa dan membuat kesilapan tanpa sedar.