Bapa nazak di hospital, adik-beradik bergaduh gara-gara hal persiapan pengebumian

Iklan

APABILA ibu atau bapa jatuh sakit, maka menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga mereka sama ada di rumah mahupun di hospital.

Syukur sekiranya adik-beradik saling bersefahaman untuk bergilir-gilir menjaga orang tua mereka.

Iklan
Iklan

Namun, apa yang berlaku di Melaka ini sepatutnya menjadi perbincangan keluarga sahaja.

Dua beradik, Normala Othman, 47, dan Julaiha Othman, 45, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan kekecohan di dalam wad hospital ketika menjaga bapa mereka yang nazak, Januari lalu.

Iklan

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang di Wad 42, Katil 2A, Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada 19 Januari 2025.

Iklan

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM800 setiap seorang dan menetapkan tarikh 3 Jun depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-duanya berhubung hal persiapan bagi lokasi pengebumian bapa mereka yang kemudiannya disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Seboleh-bolehnya, apabila melibatkan hal keluarga, adik-beradik perlu berbincang dengan penuh hikmah, bukannya mewujudkan pergaduhan.

Lebih memalukan, perkara ini berlaku di khalayak ramai. Sikap sabar dan saling memahami perlu diterapkan dalam diri masing-masing agar setiap masalah dapat diselesaikan dengan sebaiknya.