Padah bayar makan RM304.50 guna resit palsu di restoran, dua lelaki dicekup!

Iklan

Dua lelaki termasuk seorang juruaudit dicekup polis selepas menggunakan resit palsu untuk membayar makanan di restoran Shah Alam. Taktik mereka terbongkar selepas peniaga menyemak transaksi dan sedar ditipu.

TULAR baru-baru ini tindakan satu keluarga yang menjamu selera di sebuah restoran namun menipu sewaktu membuat pembayaran.

Menerusi perkongsian di platform Threads oleh pengguna iammimiomar, perkara itu berlaku selama dua hari berturut-turut sehingga mengakibatkan kerugian ratusan ringgit. Beliau turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika hari kejadian.

Modus operandi yang dilakukan adalah dengan mengedit resit memandangkan tiada sebarang bukti pembayaran diterima secara atas talian.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Walau bagaimanapun, dua daripada mereka yang mana salah seorangnya juruaudit akhirnya dicekup polis selepas kejadian di Seksyen 13, Shah Alam itu berlaku.

Memetik laporan dari Harian Metro, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 34 dan 35 tahun itu ditahan sekitar jam 2.50 pagi tadi di sekitar bandar raya Shah Alam selepas polis menerima laporan daripada seorang peniaga wanita yang mendakwa ditipu oleh mereka.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan kejadian berlaku pada 14 April lalu kira-kira jam 10.18 malam, apabila suspek menunjukkan resit pembayaran atas talian berjumlah RM304.50 selepas selesai makan.

"Bagaimanapun, selepas semakan dibuat oleh mangsa, didapati tiada sebarang kemasukan wang ke akaun perniagaannya dan hanya sedar ditipu, semalam.

"Mangsa turut memaklumkan ia kali kedua individu yang sama menggunakan taktik terbabit dengan jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah RM348.10,” katanya.



Hasil semakan lanjut turut mendedahkan kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan mereka kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, Mohd Iqbal turut mengingatkan semua peniaga agar lebih berwaspada terhadap resit pembayaran digital yang ditunjukkan secara manual atau tangkap layar oleh pelanggan.

"Sebarang transaksi hendaklah disemak terus melalui sistem perbankan rasmi sebelum menyerahkan barangan atau perkhidmatan,” ujarnya lagi.