TULAR di laman sosial video memaparkan remaja lelaki dipukul sekumpulan lelaki menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan warganet.
Menerusi empat video dimuat naik di laman sosial, mangsa yang memakai kemeja-T dan seluar denim berona gelap dipukul tanpa belas kasihan meronta-ronta menahan kesakitan dengan hidungnya turut kelihatan berdarah.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang diipercayai berlaku di Johor, itu melibatkan lima hingga tujuh individu hingga mangsa kelihatan lemah dan tidak melawan.
Difahamkan laporan polis sudah dibuat mangsa berhubung kes berbabit. Berikut adalah info yang telah diringkaskan daripadanya:
1-Mangsa yang berada di rumahnya di di Kluang, Johor menerima panggilan telefon daripada seorang wanita dan memintanya untuk menemaninya di sebuah kediaman di Plentong.
2-Setibanya di lokasi berkenaan, mangsa kemudian didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali dan salah seornag daripadanya membawa sebilah parang.
3-Selepas itu, mangsa dipukul kumpulan lelaki tersebut dengan kayu dan tangan tanpa diberitahu kesalahannya.
4-Mangsa kemudian diminta membayar RM3,000 tetapi ketika itu dia hanya mempunyai RM500.
5-Motosikal jenis Yamaha ditahan oleh lelaki kumpulan berkenaan.
6-Salah seorang daripada pelaku telah membawa mangsa mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik.
7-Dia kemudian telah dihantar ke rumah rakan di Taman Mount Austin, Johor.
8-Kejadian berkenaan mengakibatkan kecederaan iaitu luka pada bibir melibatkan tiga jahitan, enam jahitan pada telinga kirim bengkak pada dada dan bahagian belakang badan.
Gambar hiasan