TAHNIAH kepada semua calon yang menerima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. Walau apa pun keputusan yang dicatatkan, tahniah diucapkan.
Namun jika anda pelajar atau ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan, jangan susah hati. Anda boleh membuat semakan semula.
SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari mulai dari tarikh pengumuman rasmi keputusan (24 April 2025 hingga 23 Mei 2025).
Menurut KPM terdapat dua kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM. Dengan caj RM100 bagi setiap mata pelajaran, ia boleh dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan.
1. Mengisi borang permohonan secara online dengan melari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/ atau atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) yang boleh dimuat turun melalui aplikasi e-LP yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store (pengguna Android), Apple Apps Store (pengguna iOS) dan Huawei AppGallery (pengguna Huawei).
2-Pilih menu Semak Semula untuk membuat permohonan.
3-Pilih menu Semak Status untuk:
a) menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat; atau
b) menyemak keputusan kekal/ berubah
5-Sekiranya pemohon memperoleh keputusan BERUBAH:
i. calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
ii. calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.

