Tular nenek baca Yasin sepanjang SPM, rupanya ibu pesakit paliatif 'pergi' semasa peperiksaan percubaan. 'Kakak bangga dengan Afif'

Iklan

BARU-baru ini tular kisah pelajar SPM 2024, Muhammad Afif Syakirin Rahimi, 18, yang meraih 9A (5A+, 4 A) tular.

Afif yang merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Lenggong, Perak menjadi perhatian warga maya selepas video neneknya, Mek Nab Abdul Rahman, 82, hadir membacakan Yasin dan berzikir sepanjang SPM berlangsung baru-baru ini.

Catatan kakak Afif, Afiqah menerusi laman sosial mendedahkan duka yang lebih dalam dilalui anak muda itu.

Memuat naik video memaparkan perjalanan terakhir ibu mereka, kongsi Afiqah, arwah ibu mereka yang sakit dan dikategorikan sebagai pesakit paliatif iaitu pesakit yang menghidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan.

Titip Afiqah, si ibu cukup bimbang akan adiknya yang akan melalui peperiksaan besar. Namun pemergian ibu tersayang ketika peperiksaan percubaan tidak mematahkan semangat Afif.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Ketika saya membaca nota penjagaan paliatif daripada doktor mama, dia menyebut kebimbangan utamanya ialah anaknya yang berada di sekolah asrama penuh dan menduduki SPM tahun itu.

"Selepas pemergian mama, Afif sentiasa berada di fikiran saya sepanjang perjalanan jauh dari Klang ke Lenggong.

"Dia baru berusia 17 tahun pada masa itu, dengan hanya tinggal satu kertas lagi untuk peperiksaan percubaannya dan peperiksaan utama akan datang tidak lama lagi," tulisnya.

Biarpun ibu sudah pergi buat selama-lamanya, Afiqah meluahkan syukur dan berbangga atas kejayaan Afif.

"Tidak pernah saya bayangkan bahawa anak kecil yang pernah saya kenali akan menjadi sekuat ini.

"Kakak sangat bangga dengan awak, Afif. Jangan risau, kami menyokongmy dan kami akan sentiasa berada di sini tidak kira apa jua keadaan. Tahniah adik kakak.

"Kami sangat sayangkan awak,” kongsi Afiqah.



Perkongsian Afiqah meruntun hati warganet. Rata-rata meluahkan sayu dan bersimpati sementelah Afif kehilangan ibu pada detik genting kehidupan.

Namun ramai yang berbangga apabila Afif berjaya mengharunginya dan meraih keputusan cemerlang. Ujar mereka;

"Afif! Aunty bagi pihak semua mengucapkan tahniah dan harap Afof jaga diri. Terima kasih Kakak Afif tolong jaga Afif and senangkan hati arwah mama. Semoga kita semua bertemu di syurga."

"Congratulations adik Afif dapat 4A+ 5A, nenek dan keluarga. Good luck for ur future endeavors. Kkeep jihad kejar ilmu kerana ALLAH! Belajar sampai setinggi yang boleh, biar sampai Ir atau Sr.


"Nota itu adalah simbol warisan emosi dan kasih sayang ibu anda kepada anak-anaknya. Untuk Kakak, anda dapat mengharungi kehidupan ini walaupun tanpa ibu. Kamu anak perempuan dan kakak yang baik."

"Nenek ganti mama ya. Mesti nenek tahu apa yang arwah mama mahu untuk anak-anaknya."

Berkat doa nenek

Sinar Harian terdahulu mendedahkan Afif bersyukur menerima keputusan peperiksaannya baru-baru ini. Malah, Afif yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang merancang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan perubatan itu tidak menyangka keputusan itu diterimanya walaupun pihak sekolah memang meletakkan sasaran semua A bersama 35 rakan-rakan lain.

"Pada awalnya selepas habis peperiksaan saya rasa hanya dapat 9A sahaja kerana ada mata pelajaran yang sukar dan tak pasti jawapannya betul atau tidak.

"Alhamdulillah, selepas tengok keputusan itu saya tak sangka dapat empat subjek A manakala selebihnya A biasa.

"Ini mungkin berkat doa nenek, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan," katanya.



Neneknya, Mek Nab, merupakan orang yang paling gembira mendapat berita kejayaan cucunya itu kerana memang menjadi amalan untuk mendoakan anak dan cucu.

Katanya, biarpun tinggal di Kelantan, sesekali datang ke Lenggong di rumah anaknya sambil menjenguk cucu di MRSM jika ada kesempatan.

Bagi bapanya, Rahimi Ashari, 56, anak bongsu dari dua beradik itu telah lakukan yang terbaik untuk membanggakan keluarga dengan keputusan cemerlang itu.

"Rumah kami ke sekolah dekat sahaja dalam 15 minit. Jadi saya memang kerap ke MRSM Lenggong untuk lawat anak, bagi semangat kalau pihak sekolah benarkan.

"Alhamdulillah, kami bersyukur dan sangat gembira dengan kejayaannya mendapat 9A," katanya.

Sumber: TikTok, Sinar Harian