PEMPENGARUH MUA Bellaz selalu menjadi inspirasi usahawan muda. Masakan tidak, keperibadiannya yang sederhana dan merendah diri.
Biarpun dikurniakan kesenangan, beliau dan suami Anuar Muhammad namun tidak lupa masyarakat sekeliling dan memilih untuk mengadakan rumah terbuka di kampung halaman.
Tidak seperti kebanyakan pempengaruh mengadakan rumah terbuka di hotel mahupun restoran, rumah terbuka tersebut berlangsung di kediamannya kerana mahu memberi kemudahan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Menerusi perkongsian di TikTok, Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabila Zulyadaini bersyukur cuaca dalam keadaan baik semasa hari rumah terbuka.


Artikel berkaitan:
- "Sudah lama tak merasa isi minyak full tank...' MUA Bellaz belanja 500 penunggang motorsikal isi petrol percuma
- Inspirasi! MUA Bellaz agih bantuan kepada mangsa banjir Kedah, guna stok kedai runcit sendiri. 'Naik motosikal dari rumah ke rumah'
- Mua Bellaz sebak dedah suka rakam momen bersama anak-anak 'Teringin nak tengok gambar waktu bayi, dulu susah...'
"Hampir 7,000 orang yang datang.
"Terima kasih buat semua yang datang, keluarga, kawan-kawan, pengikut di media sosial, jiran dan orang-orang kampung datang memeriahkan majlis rumah terbuka saya dan suami.
"Mana-mana yang saya terlepas pandang jangan terasa hati tau.
"Insya-ALLAH tahun depan saya buat lagi. Saya buat di kawasan kampung sahaja, bukan hotel.
"Minta maaf mana yang terkurang dari pihak saya dan suami.
Bellaz menerusi ucapannya tidak henti menitipkan terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan majlis tersebut.
Warganet memuji Bellaz tidak lupa masyarakat sekeliling biarpun sudah bergelar usahawan dan pempengaruh tersohor.
"Selalu kita tengok founder buat open house, jemputan tertumpu kepada geng-geng founder sahaja. Kita hanya mampu tengok. Tetapi Bellaz lain. Sebak rasa tengok orang-orang kampung dapat merasa makanan sedap panas-panas. Tak semua orang kampung senang."
"Influencer yang paling humble dan tak sombong. Semoga Bellaz dan Mat Nuart murah rezeki serta tak putus mengalir. Anak jati Kedah bangga dangan Bellaz."
"Kaya yang sebenar, menjamu orang tanpa memilih status, meraikan sesiapa sahaja yang datang. Alhamdulillah ala kullihal, semoga makin murah rezeki."
"Nampak keikhlasan pada majlis ini. Ikhlas untuk menjamu. Semoga dilimpahkan rezeki buat MUA Bellaz sekeluarga."
Bellaz dan suami terkenal dengan sifat dermawan. Setiap kali tiba musim banjir, mereka tidak lupa akan mengagihkan barangan keperluan kepada penduduk kampung.