"Sudah lama tak merasa isi minyak full tank...' MUA Bellaz belanja 500 penunggang motorsikal isi petrol percuma

No Image Caption
A
A
A

"DALAM rezeki kita terselit rezeki orang lain.' Demikian kata Nur Nabila Zulyadaini yang mengambil inisiatif memberikan petrol secara percuma kepada penunggang motosikal semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nur Nabila atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz itu, beliau bersama suami berkongsi suasana ketika di sebuah stesen minyak.

Bellaz dengan murah hati membantu lebih 500 penunggang motorsikal dengan memberikan petrol percuma sebagai tanda syukur dan berterima kasih kerana menyokong perniagaannya selama ini.

"Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong bisnes kecil saya. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain.

"Semua gembira, tersenyum,'ujarnya.

Dalam masa sama, Bellaz tidak menetapkan jumlah yang boleh diisi dan disebabkan itu juga kesemua penunggang motorsikal berpeluang mengisi petrol sehingga tangki penuh.

Ibu kepada empat orang anak itu turut memohon doa orang ramai agar beliau dapat membantu lebih ramai masyarakat di luar sana.

"Ada yang bagitahu Bellaz tadi lama dah tak merasa minyak full tank, hari ini dapat dia kata seronok sebab tahan lama sikit,'ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata warganet menerima inisiatif berkenaan dengan positif selepas melihat wajah keriangan penunggang motorsikal menerima bantuan tersebut.

Meninjau ruangan komen, orang ramai tidak henti-henti mendoakan agar Bellaz dan suaminya terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

"Ya Allah muka pakcik tuu senyum terus rasa nak mengalir airmata nie, semoga dimurahkan rezeki sentiasa dunia & akhirat untuk muabellaz.

"Kami staf situ tadi tengah dok isi minyak semua seronok adik2 kata esok boleh bawak motor pii sekolah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang