Inspirasi! MUA Bellaz agih bantuan kepada mangsa banjir Kedah, guna stok kedai runcit sendiri. 'Naik motosikal dari rumah ke rumah'

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz meraih pujian ramai selepas tidak lupa membantu mangsa banjir yang terkesan Kedah.

Ini susulan ramai yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan makanan sejak bencana alam itu berlaku.

Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama Nur Nabilah binti Zulyadaini, 32, dan suami, Anuar Muhammad, 33, yang dikenali sebagai Mat Nuart bergotong-royong bersama kakitangannya menghulurkan bantuan makanan sejak beberapa hari lalu.

Lebih menyentuh hati, bantuan makanan yang diagihkan diambil dari kedai runcit mereka, BellaZMart Nuart yang bakal beroperasi dalam beberapa minggu lagi.

No Image Caption

Menerusi video yang dimuat naik, ibu kepada empat cahaya mata itu dan kakitangan menunggang motosikal menaiki lori dari rumah ke rumah penduduk kampung untuk menyerahkan bantuan makanan walaupun perlu melalui tanah lumpur susulan banjir yang mulai surut.

Perkongsian MUA Bellaz menjadi perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan yang dilakukan pempengaruh tersebut.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Rata-rata warganet berdoa agar beliau dan suami terus murah rezeki dan dipermudah urusan susulan bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat walaupun kediamannya sendiri turut mengalami banjir.

Terdahulu, tular menerusi laman sosial Tiktok MUA Bellaz meredah banjir sambil bergambar Oufit Of The Day (OOTD) di pekan berhampiran.

Walaupun kediaman dilanda banjir, beliau tetap cantik dan bergaya.

No Image Caption

Sering berkongsi suasana kediamannya berlatarkan Gunung Keriang, Kedah, MUA Bellaz sebelum ini pernah menyatakan tidak mempunyai perancangan untuk berpindah biarpun banyak urusannya di kota raya.

Ujar Bellaz, kampung ada jiwa di dalamnya, jauh daripada hiruk-pikuk kota, bunyi ekzos letup-letup, drama dunia. Beliau lebih puas membesarkan anak-anak di sini.

“Saya seronok duduk kampung. Pahit manis, pengalaman hidup saya di sini. Bila dekat dengan famili saya rasa lebih selesa.

"Malah anak-anak pun saya ‘lepaskan’ mereka bermain, pergilah main selut, sauk ikan, lari-lari atas batas... biar mereka nikmati alam kanak-kanak macam saya ‘berlemuih’ dulu,” kata Bellaz.

Sumber; Instagram MUA Bellaz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang