SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun berdepan detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik dua individu ketika sedang berjoging di Seksyen 13, Shah Alam pada Isnin.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa pada jam 10.42 malam tadi.
Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa sedang berjoging seorang diri sebelum didatangi sebuah kereta lama berwarna kelabu dipercayai jenis Proton Saga atau Iswara yang dinaiki dua lelaki.
"Salah seorang suspek kemudian turun dari kereta lalu mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta.
"Pengadu enggan dan bergelut dengan suspek sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Acu pisau dan paksa masuk kereta, remaja lelaki ini nyaris jadi mangsa culik
Iklan