JETOUR Dashing kini menyusup masuk ke Malaysia! Ini spesifikasi canggih SUV superior pertama dari China

Iklan

JENAMA automotif China, JETOUR Auto baru-baru ini berjaya menembusi pasaran lokal dengan pengenalan model kenderaan utiliti sukan (SUV) superior pertama, JETOUR Dashing.

Naib Presidennya, Ke Chuandeng berkata, pelancaran Dashing menjadi penanda aras baharu dalam segmen SUV tempatan, seterusnya memenuhi jangkaan pengguna dalam pasaran kompetitif.

Iklan
Iklan

"Kita menonjolkan kenderaan yang mempunyai nilai hebat tanpa mengetepikan kualiti, teknologi dan reka bentuk serba canggih. Dashing diyakini mampu memenuhi keperluan tersebut.

"Pelancaran itu juga sejajar dengan strategi Travel+ yang menumpukan kepada pengalaman perjalanan luar biasa menerusi penyelesaian mobiliti inovatif,” katanya.

Iklan

Selain tampil dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo yang menghasilkan 156 PS (115 kW) dan 230 Nm tork, ia juga ditawarkan dalam dua varian iaitu comfort (RM109,800) dan prime berharga RM116,800.

Berikut antara lain spesifikasi JETOUR Dashing:

  • Rekaan fastback 3D avant-garde berukuran 4,590 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,685 mm tinggi.
  • Pemegang pintu invisible sensing dan dilengkapi arahan suara pintar untuk kawalan tingkap, penyaman udara, navigasi dan muzik.
  • Lengkap penapis udara CN95, lampu ambien boleh ubah suai dan penghawa dingin belakang.
  • Ciri keselamatan seperti pengesan titik buta, amaran pertukaran lorong, amaran lintasan trafik belakang dan amaran buka pintu.
  • SUV lima tempat duduk itu didatangkan dengan lima rona pilihan seperti carbon black, khaki white, aurora green, phantom grey dan hematite red.

Iklan