ISTERI pelakon dan pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi menafikan tuduhan cuba melambat-lambatkan proses kes pengesahan lafaz taklik sehingga perlu ditangguhkan ke tarikh lain.
Menurutnya, jika cerai dibuat tanpa rujuk, ia menunjukkan sesuatu perkahwinan itu telah berakhir.
"Saya tak tahu sangat hukum ini, tapi adakah tindakan saya ini cuba melengah-lengahkan kes atau mempercepatkan lagi prosesnya?
"Kalau boleh, saya tak mahu ulas mengenai isu rujuk secara umum, kerana ia terlalu sensitif untuk dikongsikan.
"Tidak kiralah rujuk lisan atau batin, bagi saya biar mahkamah tentukan ia sah atau sebaliknya,” katanya.

