‘Mak tak respons bila saya cakap dengan dia. Saya sedih, geram…’ Anak mangsa mahu pemandu Navara dihukum setimpal

Iklan

SEJAK dua hari lalu, tular video rakaman kes langgar lari melibatkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal berkuasa tinggi yang berlaku sebelum Plaza Tol Duta, di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Kejadian pada Ahad lalu menimbulkan kekecohan di media sosial apabila ramai warganet berkongsi video tersebut untuk mengesan siapakah pemilik trak pikap terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut laporan BH Online, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya.

Iklan

Pasangan suami isteri yang menjadi mangsa langgar lari itu mengalami kecederaan serius. Suami, berusia 53 tahun, dikatakan retak tulang selangka dan luka di buku lali, manakala isterinya yang berusia 49 tahun patah buku lali dan tulang rusuk kanan.

Wanita itu juga mengalami pendarahan otak dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh sehingga kini.

Iklan

Ketika isu ini hangat diperkatakan, warganet dikejutkan lagi dengan rakaman dashcam yang didakwa menunjukkan aksi dua buah trak pacuan empat roda sedang berlumba dalam keadaan berbahaya sebelum kejadian kemalangan berlaku.

Susulan itu, Mohd Zamzuri berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap rakaman video berkenaan. Beliau turut mengesahkan bahawa pemandu trak pikap telah tampil membuat laporan pada jam 6.55 petang pada hari sama sebelum ditahan dan direman.

Pemilik trak pikap berkenaan, Balan Radhakrishnan, bukanlah pemandu pada hari kejadian. Menurutnya, saudara rapat yang dipanggil sebagai 'adik' merupakan individu yang memandu kenderaan tersebut. Dia dikatakan takut untuk berhenti dan turun selepas melanggar motosikal itu kerana bimbang akan dibelasah oleh orang ramai.

Disebabkan maklumat mengenainya tular di media sosial, Balan memohon orang ramai supaya tidak melibatkan dia sekeluarga dalam hal ini. Dia juga memaklumkan bahawa dirinya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Berita insiden ini bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia, malah anak kepada mangsa kejadian turut terkesan.

Menerusi temu bual bersama Buletin TV3 semalam, Farah Natasya Faizal berkata beliau segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada sepupunya yang menyertai konvoi bersama ibu dan ayahnya.

Luluh hati si anak apabila melihat ayahnya terbaring di jalan, manakala ibunya dalam keadaan separa sedar dan berdarah di telinga.

"Mak saya paling rapat dengan saya. Kami selalu menghubungi antara satu sama lain walaupun jauh. Bila saya cakap dengan dia, ibu tak respons. Saya rasa sedih dan geram, macam nak kejutkan dia suruh bangun,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mahu pemandu trak pikap tersebut bertanggungjawab sepenuhnya dan dikenakan hukuman yang setimpal.