SELAIN kembali menjadi kegilaan, kumpulan adik beradik KRU menerusi siri konsert GenKRU mengembalikan nostalgia generasi milenial.
Kelibat pelakon Datin Lisa Surihani yang setia menemani suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim tidak ketinggalan menuai perhatian.
Kehadiran Lisa di sepanjang konsert GenKRU pada 3, 4 dan 10 Mei lalu memang comel, kelmarin pun sama.
Lisa sempat memberikan pelukan buat Yusry sebagai tanda sokongan sebelum dan selepas persembahan.
Tidak hanya berada di tepi pentas, menerusi video yang tular di laman sosial, aktres berusia 39 tahun itu sempat membantu suami tercinta menukar pakaian dan bersiap sedia untuk persembahan lagu seterusnya.
Ramai memuji manisnya pasangan itu biarpun sudah beranak tiga dan melabelnya sebagai seorang isteri yang hebat serta saling melengkapi.


Artikel berkaitan:
- Misi turunkan berat, Lisa Surihani amal intermittent fasting & senaman untuk mudah beribadah. 'Bila tua tak susahkan anak'
- 24 tahun kenal, Lisa Surihani kagum penghijrahan Nora Danish. 'Love you lillahitaala...'
- 'Bijaknya Yeop!' Anak baca al-Fatihah untuk tenangkan diri, hilangkan gementar, warganet puji cara didikan Lisa & Yusri
"Sama-sama anak seni, bagus Lisa kerana support suami. So sweet!"
"Isteri pasti salah satu sumber kekuatan Yusry."
"Terbaik Yusri isteri sangat supportive."
"Manis betul Datuk dan Datin ni. Yusry ni jenis manja dan suka memanjakan Lisa dan suka dimanjakan. Sweet couple."
"Tak boleh bayangkan perasaan Lisa, berkahwin dengan crush sendiri. Moga berbahagia selalu."
"Bila seorang wanita let her husband masculine energy lead and match her feminine energy."
Sekadar info, Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Terdahulu, Yusry berkahwin kali pertama dengan pelakon Erra Fazira pada 15 Jun 2003 namun bercerai pada 26 April 2006.