ANAK kedua pelakon Datin Lisa Surihani, Yusof Leonne sentiasa menjadi perhatian peminat ibunya. Dikenali dengan timangan Yeop, walaupun baru berusia tujuh tahun namun si cilik itu anak yang berani.

Ketika menerima rawatan susulan telinga baru-baru ini, si kecil itu menenangkan dirinya dengan bacaan surah al-Fatihah.

Baca juga: ‘Memang struggle, dengan pelat R lagi…’ Lisa Surihani kongsi bertahun baiki hubungandengan al-Quran beri inspirasi

Baca juga: ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegin.’ Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

Lisa surihani

Melalui prosedur otolaringologi memang mencabar. Nampak amat mudah tetapi percayalah ia tidak seperti yang anda sangkakan, apatah lagi apabila ia dilakukan ke atas anak sekecil Yeop. Namun dengan bacaan surah tersebut, Lisa lega perasaan gementar dan gemuruh anak lelakinya itu diatasi dengan mudah.

“SubhanAallah, bagus jugak idea Daddy Yeop ni. Kalau tidak, he was too nervous.

“Sebelum itu, Yeop cuak dan bertanya apa yang akan dilakukan oleh doktor. Rasa tak selesa dengar bunyi mesin tu lagi.

“Daddy nasihatkan Yeop: “if you feel anything, just recite louder. Itu yang dengan mimik dia tu,” titip Lisa dengan emoji ketawa.

Lisa yang memuat naik video Yeop yang sedang mendapatkan rawatan sesekali terhibur dengan telatah Yeop. Namun bonda kepada tiga cahaya mata itu berkata, dengan cara berkenaan Yeop lebih menumpukan kepada bacaan surah dan melupakan kesakitan.

“But at least it helped that he focused more on Al-Fatihah in which our Prophet SAW told us in a hadith that it is a syifa’.

“Alhamdulillah follow up day turned out okay. May ALLAH SWT grant my son recovery and syifa,” kongsi Lisa.

Baca juga: ‘Cantik betul Yong, cara senyum persis mummy.’ Wajah terbaharu anak sulung Lisa Surihani raih perhatian

Baca juga: Aliff Satar, Lisa Surihani utamakan keluarga

Baca juga: [VIDEO] Tampil cantik tanpa solekan, ramai peminat puji Lisa Surihani

LISA SURIHANI
Suami dan anak-anak kini jadi keutamaan Lisa.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memuji kaedah digunakan Lisa dan suaminya. Datuk Yusry Abdul Halim. Malah tidak kurang menjadikan ia sebagai panduan dalam mendidik.

– “Bagusnya dia.”

– “Wow, bagusnya didikan emak ayah, minta baca surah al-Fatihah. Nak cuba juga untuk anak ketika berkhatan nanti.”

Iklan

– “MasyAllah TabarakAllah! Bagus dia 👍🏼👍🏼👍🏼. Saya pun selalu lekakan anak apabila buat rawatan dengan membaca surah lazim yang dihafal. Bila dia fokus membaca dia tidak perasan apa yang sedang berlaku.

– “Masya-ALLAH baik didikan orang tuanya.”

– “Get well soon Yeop, Alhamdulillah awesome.”

Baca juga: Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat

Lisa dan Yusry

Iklan

Lisa dan bekas penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abd Halim mengakhiri hubungan cinta dengan majlis perkahwinan yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada 23 Februari 2013.

11 tahun bahagia menganyam cinta, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 9, Yusof Leonne,7, dan Yunos Laith, 3.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!