Misi turunkan berat, Lisa Surihani amal intermittent fasting & senaman untuk mudah beribadah. 'Bila tua tak susahkan anak'

No Image Caption
A
A
A

USAHA pelakon dan pengacara popular, Lisa Surihani ini wajar dijadikan inspirasi. Tidak hanya hijrahnya dalam agama, meniti usia 38 tahun, isteri kesayangan Yusri Abdul Halim itu sedang berusaha mendapatkan berat badan ideal.

Menerusi penstriman langsung di laman sosial TikTok, pelakon Istanbul Aku Datang dan Ombak Rindu itu mendedahkan beliau melakukannya demi menjaga kesihatan diri agar dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik.

"Saya amalkan bersenam di gimnasium sebanyak empat kali seminggu dan intermittent fastingsejak sebulan yang lalu.

"Niat saya adalah untuk sihat, kuat dan apabila sudah berumur tidak menyusahkan anak-anak. Apabila ada kekuatan, maka ibadah boleh dilakukan dengan baik," kongsinya.

Dikelilingi rakan-rakan yang memahami misi dan menyokong usahanya membuatkan Lisa bersyukur.

"Saya bersyukur kerana di gimnasium yang dikunjungi ada rakan-rakan wanita yang sangat memberikan sokongan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Mereka juga selalu ingatkan saya kepada ALLAH seperti berzikir sambil bersenam.

"Jadi, saya sangat kagum dengan perkara itu tetapi ia bergantung kepada jenis senaman.

Terdahulu, pelakon itu pernah berkongsi tentang diet yang dilakukan pada 2017 selepas bersalinkan anak kedua.

Empat tip turunkan berat cara Lisa Surihani antaranya ialah bertukar kepada beras herba ponni, mengurangkan gula dalam makanan dan minuman, intermittent fasting 16:8 dan melakukan senaman.

No Image Caption

Beliau amat menekankan penurunan berat pada kadar selamat dan tidak terlalu drastik. Dalam masa setahun, ketika itu Lisa berjaya mendapatkan berat badan sebelum hamil iaitu 53 kilogram.

Untuk rekod, pelakon Manisnya Cinta di Cappadoccia itu mendirikan rumah tangga dengan berkahwin dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang