SAMBUTAN Hari Guru yang disambut pada 16 Mei ini, bukan saja buat anak-anak teruja, bahkan emak ayah pun tumpang sekaki.
Mana tidaknya, hari istimewa yang disambut setiap tahun itu sebagai tanda penghargaan buat guru tersayang yang gigih mengajar anak kita sampai pandai.
Nak tak nak, parentlah kena take part bersama anak-anak demi mencari idea menarik untuk dijadikan hadiah terpaling unik.
Tak perlu susah hati, banyak ilham gift DIY yang dikongsikan di media sosial boleh kita tiru bulat-bulat.


Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Antara cadangan rupa bentuk hadiah Hari Guru yang boleh dipertimbangkan daripada pengguna TikTok, @thiihomes.
Beliau berkongsi konsep yang simple tetapi menarik untuk bungkusan sempena hari special tersebut. Dalam video pendek berdurasi 43 saat, wanita kreatif itu mengisi beberapa item menarik yang dimuatkan dalam satu beg kertas.
Antaranya getah rambut, cermin comel, bekas brooch travel dan jarum peniti.
Kesemua barang kecuali cermin dimasukkan ke dalam bekas brooch travel dan diikat cantik dengan riben.
Memang mudah dan sesuai untuk diberikan kepada guru perempuan kerana keperluan itu boleh diletakkan di atas meja sekolah.
Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok, @kayhelena.empire yang mencadangkan hadiah daripada paper cup jer.
"Bagi item-item kecil, ubat stapler or kerongsang pun boleh . Tinggal satu hari je lagi nak Hari Guru...mak-mak dah ready ke belum? ”
Boleh dikatakan senang jer nak buat hadiah yang dicadangkan iaitu pilih kerongsang yang cantik dan bersaiz besar untuk dimasukkan dalam paper cup.
Kemudian mulut cawan distapler dengan alas kerawang yang cantik sebelum ditebuk dua lubang untuk dimasukkan riben.
Mudah jer, kan? Jimat masa dan bajet pun mesra alam.
Nampaknya idea paper cup menjadi trending apabila seorang lagi pengguna TikTok, @faraheika95 yang menggunakan inspirasi yang sama.
Hanya dengan item yang dibeli kedai bajet, ibu berdaya cipta tersebut mencadangkan aksesori alat tulis dijadikan hadiah buat guru tercinta.
Selain ubat stapler, pemadam, penyepit dan pin emoji boleh dibubuh ke dalam cawan sebelum diketip rapat-rapat.
Nak lagi cantik, ring pada cawan plastik jangan dibuang kerana boleh dijadikan tangkai pada bekas comel berkenaan.
Jadi, apa tunggu lagi para ibu semua? Bolehlah serbu kedai harga mampu milik berhampiran untuk DIY hadiah kesukaan.
Paling penting, bukan saiz hadiah jadi ukuran tapi keikhlasan si pemberi untuk menghargai jasa baik penerima yang mengajar anak-anak tanpa sebarang syarat.