RASA ngilu masa makan aiskrim atau minum kopi panas? Jangan tahan lagi! Label ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia kini tampil dengan Sensodyne Fresh Mint versi baharu.
Inovasi lebih segar, kuat dan pastinya menyenangkan mereka yang sering berdepan masalah gigi sensitif.
Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Law Chen berkata, terlalu ramai rakyat negara ini menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi ngilu.
"Menerusi tinjauan yang dilakukan melibatkan 248 individu, sebanyak 69 peratus mengalami gigi sensitif secara berterusan dan sebanyak 61.8 peratus memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan tersebut.


"Justeru, penemuan itu menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti. Inilah sebabnya Sensodyne bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia, memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal,” katanya.
Lelaki itu pemilik akaun syarikat Cikgu Kimchi Trading yang dikaitkan dengan kes penipuan pakej pelancong ke Korea." />