Bila fesyen jumpa snek, Charm Clutch dari Julie’s buat ramai tak keruan

Iklan

KALAU selama ini anda fikir biskut hanya untuk dijadikan kudapan minum petang, Julie’s muncul dengan kejutan yang cukup stailo.

Jenama terkenal itu baru-baru ini memperkenalkan Charm Clutch, beg tangan edisi terhad yang diinspirasikan daripada biskut kegemaran ramai, Charm.

Iklan
Iklan

Ya, anda tidak salah baca, ini bukan iklan biskut semata-mata, tetapi satu pernyataan fesyen yang pasti membuat ramai pengikut gaya hidup dan peminat biskut tersenyum puas!

Beg clutch yang diinspirasikan daripada rupa fizikal biskut Julie’s Charm ini bukan sebarangan rekaan. Bayangkan rupa biskut coklat yang comel dan tampak mewah itu dijadikan clutch baldu yang eksklusif. Voila! Jadilah Charm Clutch, satu gabungan unik antara gaya dan selera.

Iklan

Ia tampil dalam dua perisa iaitu Double Chocolate dan Tiramisu, bersaiz kecil dan dibungkus dalam pek mini, memang sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana.

Pengarah Julie’s Biskut, Tzy Horng Sai dalam ucapannya berkata, rekaan itu bukan sekadar suka-suka.

Iklan

"Setelah dua tahun, Charm telah berkembang menjadi lebih daripada sekadar biskut; ia telah menjadi sebahagian daripada amalan harian pengguna kami," ujarnya.

Justeru, kemunculan snek tersebut ialah tanda penghargaan, dari meja makan ke pentas peragaan fesyen. Serius, siapa sangka biskut pun boleh jadi inspirasi gaya hidup, kan!

Permata fesyen

Bagi sesiapa yang sentiasa mahu tampil unik dan sukakan benda-benda pelik tetapi bergaya, clutch ini wajib ada dalam koleksi. Baldu lembut, warna coklat pekat seperti biskut sebenar, ditambah pula dengan reka bentuk yang ‘kena’ sangat untuk aktiviti harian, bukan sekadar hiasan, tapi memang boleh digunakan.

Sementara itu, Pengarah Kreatif Eksekutif dari GOVT Singapura, Kevin Poh memberitahu, kempen berkenaan dibuat untuk lari daripada promosi biasa-biasa.

"Daripada sekadar edar kupon, kami mahu cipta satu pengalaman yang membuat orang bercakap. Charm Clutch bukan sekadar ‘hadiah percuma’, ia adalah permata fesyen," ungkap beliau.

Sepanjang bulan Mei ini (1 hingga 31 Mei), jika anda membeli dua paket biskut Julie’s Charm (172g), anda layak menebus satu Charm Clutch, sementara stok masih ada. Selain itu, biskut berkenaan juga boleh diperoleh menerusi Shopee, Lazada, PG Mall, TikTok, atau kunjungi stor terpilih seperti AEON Group dan TF Value-Mart di Semenanjung Malaysia.

Bagi yang gemar berjalan-jalan dan membeli-belah hujung minggu, jangan lepaskan peluang melawat gerai pop-up Julie’s di cawangan TF Value-Mart terpilih (1–14 Mei) dan AEON terpilih (8–21 Mei).