‘Bertahun tak sempat nak habiskan…’ Cikgu ini kongsi idea hadiah ‘murah’ tetapi cukup bermakna untuk Hari Guru

Iklan

TANGGAL 16 Mei merupakan hari keramat buat semua guru. Setiap sekolah di negara ini pasti akan mengadakan sambutan Hari Guru secara sederhana namun meriah.

Waktu inilah yang paling pening kepala pastinya ibu bapa kerana tidak tahu nak membelikan hadiah apa untuk guru sekolah anak-anak.

Iklan
Iklan

Mengikut perkongsian di Thread seorang guru yang dikenali sebagai cikgu.gja, pelbagai jenis hadiah telah diterima sepanjang 15 tahun bergelar seorang pendidik.

"Selama saya berkhidmat sebagai guru, ramai anak murid memberikan hadiah alat tulis. Kadang-kadang mengambil masa bertahun untuk saya habis gunakan semuanya. Ada juga yang tak sempat nak guna” katanya diselangi dengan emoji senyum.

Iklan

Cikgu ini berkongsi idea beberapa barangan lain yang amat berguna dan boleh dijadikan sebagai hadiah kepada guru-guru. Antaranya, tisu basah, rempah masakan, sabun cuci tangan, plastic sampah, coklat, sabun basuh pinggan atau pun sikat.

Semua barangan keperluan ini antara yang digunakan setiap hari dan pastinya tidak akan dibazirkan begitu sahaja.

Iklan

"Oh ya, paling senang beli sahaja beg besar yang selalu orang pakai untuk membeli-belah. Boleh cikgu guna untuk simpan hadiah-hadiah yang diterima” sambungnya dengan nada berseloroh.

Beliau juga menambah, jangan sampai terbeban untuk sediakan hadiah kepada guru-guru kesayangan. Setiap pemberian ikut poket masing-masing. Tak perlu mengikut orang lain. Pastinya, cikgu menghargai setiap hadiah yang diberikan oleh anak-anak didik mereka.

Ucapan terima kasih kepada guru juga sudah memadai dan cukup menggembirakan.

SinarPlus ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua pendidik di Malaysia!