'Dia minta saya cium dahi...' Suami pilu isteri digilis lori, 3 anak hilang ibu sekelip mata

Iklan

PILUNYA hati si suami, isteri tercinta kini sudah tiada. Demikian kesedihan yang dirasakan Inspektor Penjara, Mohd Izham Rosly selepas kehilangan isteri tercinta Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42 dalam satu kemalangan tragis di persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang, Melaka.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang Khamis, Amal Nurlidar yang merupakan warden Jabatan Penjara Malaysia Datuk Murad, Ayer Keroh disahkan maut di lokasi selepas tersepit di bawah lori dan mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan termasuk muka dan kaki.

Iklan
Iklan

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kegagalan brek lori simen berkenaan.

Iklan

Pihak Penjara Dusun Datuk Murad berkongsi ucapan takziah buat Allahyarham.

"Semoga roh Allahyarham Sarjan 15188 Amal Nurlidar Binti Ghazali dikurniakan keampunan dan rahmat, dilapangkan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman serta beramal soleh.

Iklan

"Semoga segala amalnya didunia diterima oleh ALLAH. Semoga syurga menjadi tempat berehat abadi buat beliau," kongsinya.

'DIA MINTA CIUM DAHI' - SUAMI

Kehilangan Amal Nurlidar amat dirasai keluarga. Suami Allahyarham, Mohd Izham sempat mengimbas kembali detik hitam menimpa isterinya.

"Ketika sampai di tempat kejadian saya nampak isteri saya di bawah lori dan tertutup.

"Saya cuba untuk ke sana tetapi tidak dibenarkan sehingga saya mendapat pengesahan daripada pegawai penyiasat, baharu saya bergerak ke hospital," kongsinya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan ada perubahan pada isterinya beberapa minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Memang pada pagi itulah (kali terakhir) kami jumpa. Perubahan padanya itu tidak saya jangka.

"Dalam masa dua minggu ini, dia minta saya cium dahinya. Sebelum ini tidak pernah, hanya salam dan cium pipi sahaja.

"Tetapi dalam masa dua minggu ini, dia minta cium dahi," kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Izham turut meminta pemandu muatan berat memeriksa keadaan lori sebelum memulakan perjalanan dan berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kepada pemandu-pemandu kenderaan berat periksa kenderaan.

"Apa yang terjadi adalah disebabkan oleh sistem brek. Saya tidak tahu apa yang dikejarkan hingga terlalu laju dan mengambil laluan kecemasan.

"Laluan itu tidak sepatutnya digunakan (kenderaan berat)," kongsinya.

KRONOLOGI KEMALANGAN

Berikut adalah kronologi yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit:

Kredit foto: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

1-Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang Khamis, Amal Nurlidar yang menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz sedang berhenti di lampu isyarat.

2-Sebuah lori simen dipandu lelaki berusia 49 tahun datang dari arah sama dan dipercayai mengalami masalah brek.

3-Lori itu cuba mengelak ke bahu jalan namun tetap merempuh motosikal Amal Nurlidar lalu menggilisnya hingga menemui ajal.

4-Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

5-Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

6-Kenderaan lori simen terlibat turut ditahan untuk pemeriksaan teknikal di Puspakom manakala ujian saringan air kencing terhadap pemandu mendapati keputusan negatif dadah.

Takziah buat keluarga Allahyarham Amal Nurlidar Ghazali, al-Fatihah.

Sumber: TikTok, Sinar Harian