Pempengaruh didakwa hantar gambar tak senonoh kepada budak bawah umur. 'Saya sanggup sujud, ada orang tua untuk bagi nafkah...'

Iklan

DENGAN kelantangan dan pengaruh yang besar di media sosial, perkongsian Caprice di media sosial sering meraih perhatian ramai.

Terbaharu, satu hantaran di Instagram miliknya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendedahkan dakwaan mengejutkan yang melibatkan seorang pempengaruh tempatan.

Iklan
Iklan

Lelaki tersebut didakwa melakukan pengantunan seksual atau sexual grooming terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Isha.

Pendedahan itu nyata mengejutkan ramai pihak, apatah lagi isu membabitkan kanak-kanak bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Iklan

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsi, ibu kepada mangsa yang masih di bawah umur itu tampil mendedahkan laporan serta bukti berkaitan perbuatan tidak bermoral lelaki berkenaan.

Pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Batu didakwa berbalas mesej peribadi (DM) di media sosial bersama mangsa dengan alasan mahu mengajak kanak-kanak berkenaan menghasilkan kandungan bersama.

Iklan

Kemudian, keterujaan itu akhirnya membawa kepada pertukaran nombor telefon yang mengundang kepada sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Pempengaruh yang memiliki 1.6 juta pengikut di TikTok kemudian menghantar gambar tidak senonoh dengan memperlihatkan alat sulit kepada remaja berusia 14 tahun.

Perkongsian tersebut dikatakan bertujuan untuk berkongsi keadaan parut di bahagian bawah pusat selepas menjalani pembedahan apendiks pada hujung April lalu.

Tidak lama selepas gambar itu dihantar, mangsa segera menyekat nombor pempengaruh berkenaan yang kemudiannya membuka jalan kepada pendedahan umum.

Setelah dakwaan ini tersebar luas, pengurus CEO Batu didakwa tampil menghubungi keluarga mangsa dengan niat untuk mengadakan perbincangan secara baik.

Bagaimanapun, Caprice yang mesra disapa Daddycap tampil menegaskan agar pengurus tersebut tidak mencampuri urusan atau mengganggu ahli keluarga mangsa, sebaliknya membiarkan perkara ini berjalan mengikut saluran yang betul.

Tidak berhenti di situ, CEO Batu juga dipercayai memohon kepada ibu mangsa agar perkara ini tidak dibawa ke muka pengadilan dengan alasan bimbang akan menjejaskan kerjaya serta periuk nasi keluarganya.

Dalam rayuan tersebut, lelaki itu berkata, gambar yang dikirim kepada mangsa adalah secara tidak sengaja, kononnya mahu menghantar gambar itu kepada teman wanitanya.

"Gambar tu saya dah ambil awal untuk hantar kepada teman wanita tetapi silap hantar kat anak akak.

"Saya merayu kak untuk berjumpa, kalau disabitkan kesalahan 10 tahun saya ke dalam (penjara). Segala usaha selama ini akan hilang.

"Saya masih ada orang tua untuk bagi nafkah, kalau saya ke dalam macam mana nasib mereka.

"Kalau akak nak saya sujud pun saya sanggup," tulis lelaki berkenaan.

Pendedahan tersebut menjadi bualan hangat di media sosial. Lebih mengejutkan, beberapa wanita berstatus isteri orang tampil berkongsi pengalaman.

Menurut mereka, pempengaruh tersebut dikatakan sering menggunakan kata-kata lucah dan pernah menunjukkan video hubungan intim bersama teman wanitanya kepada suami mereka.

"Saya kenal CEO Batu, memang selalu datang lepak dengan suami. Sentiasa menahan hati setiap kali jumpa suami saya, sembang lucah sahaja.

"Bukan sahaja sembang, siap tunjuk video dia rakam tengah main dengan awek kepada suami saya," kongsi netizen.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, manakala lelaki berkenaan belum memberikan sebarang respons atau penjelasan berhubung dakwaan tersebut.