'Kalau tak boleh, kerat cover je..' Kisah lucu bapa Awal Ashaari ketika gunting rambut curi tumpuan

Iklan

KISAH gelagat bapa kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari berjaya mencuri perhatian ramai selepas anak perempuannya berkongsi momen mencuit hati yang berlaku di sebuah kedai gunting rambut baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Nurulhudaa Ashaari berkata, dia membawa ayahnya, Ahmad Ashaari Ahmad pergi mengunting rambut di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketika sedang menunggu giliran, bapa kepada sembilan cahaya mata itu tertarik kepada sebuah majalah berkonsepkan fesyen dan gaya hidup edisi lama yang terletak di meja ruang menunggu.

Apa yang menarik, majalah pada tahun 2021 itu memaparkan wajah anak lelakinya, Ahmad Awaluddin bersama menantunya, yang juga pelakon, Scha Alyahya sebagai penghias muka depan.

Iklan

"Bawa abah pergi gunting rambut di Ananda Barber, TTDI. Sambil menunggu, abah ternampak majalah Tatler dengan muka depan Awal dan Scha," tulisnya.

Bukan sekadar membaca untuk menghilangkan bosan, Ahmad Ashaari yang kini berusia 86 tahun secara tiba-tiba melontarkan permintaan untuk membawa pulang majalah berkenaan.

Iklan

Walaupun hampir setiap hari melihat anaknya di kaca televisyen, bahkan di depan mata Ahmad Ashaari menyatakan strategi untuk mengoyakkan muka hadapan majalah jika tidak dibenarkan bawa pulang.

"Abah tanya boleh ke ambil majalah tersebut, saya jawab tak boleh sebab ini kedai punya.

"Dia pula cakap, kalau tak boleh kita kerat je muka depan ni. Abah nak bawa balik gambar depan je. Sabar jelah tengok gelagatnya," luahnya.

Bagaimanapun, selesai mengunting rambut, NurulHudaa menyatakan hasrat bapanya kepada pemilik kedai untuk membawa majalah tersebut pulang.

Manakala, Ahmad Ashaari dengan nada bangga memberitahu pemilik kedai bahawa wajah yang menghiasi muka depan majalah itu bukan orang lain, tetapi anak lelakinya sendiri.

Selepas mengetahui perkara sebenar, pemilik kedai yang tersentuh dengan rasa bangga seorang ayah itu, tanpa berfikir panjang mengikhlaskan majalah tersebut dibawa pulang.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya terhibur dengan gelagat mencuit hati bapa kepada Couple MeleTOP itu, malah ramai yang menganggap momen sebegini sebagai detik paling manis.