KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan anak sulung penyanyi Bella Astillah, Ayden Adrean, menyanyikan lagu nyanyian ibunya sendiri hasil kolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Ade Govinda.
Menerusi video yang dimuat naik adik kepada Bella, Didie Astillah di TikTok, Ayden yang baru berusia lapan tahun menyanyikan lagu Lebih Indah Berpisah dengan penuh penghayatan.
Walaupun masih muda, Ayden berjaya menyampaikan lagu berkenaan dengan penuh emosi. Suaranya yang serak-serak basah dan gaya nyanyiannya seolah-olah memahami makna lirik yang cukup menyentuh hati.
Penghayatan yang diberikan kanak-kanak cilik itu nyata meruntun jiwa sesiapa sahaja yang menontonnya. Malah, video berdurasi satu minit 43 saat itu turut membuatkan Bella sendiri tidak mampu menahan sebak.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, penyanyi berusia 30 tahun itu dilihat mengesat air mata sambil menonton rakaman nyanyian anaknya.
'Saksi betapa kuatnya mummy…' Bella sebak tengok Ayden nyanyi penuh penghayatan
Iklan