Marissa Dania & Aslam tamatkan teka-teki, perkahwinan di Thailand sah. Peguam nafi nikah didaftar sebab hamil

Iklan

SETELAH sekian lama dihimpit pelbagai spekulasi mengenai status perkahwinan mereka, pasangan muda Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rasyid akhirnya mampu menarik nafas lega.

Iklan
Iklan

Peguam syarie yang mewakili pasangan berkenaan, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri memaklumkan bahawa Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan akhirnya mengesahkan pernikahan mereka yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai sah menurut hukum syarak.

Dalam prosiding yang berlangsung hari ini, Muhmmad Ammar Yasser berkata pernikahan anak guammnya lebih setahun lalu turut diiktiraf undang-undang Malaysia selepas mendapat pengesahan daripada Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.

Iklan

Pengesahan ini sekali gus membolehkan ia didaftarkan secara rasmi di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).

"Alhamdulillah, mahkamah sudah meluluskan permohonan mereka mengikut Seksyen 23(1A) iaitu pengesahan poligami di luar negara tanpa kebenaran.

Iklan

"Pernikahan itu kini sudah mendapat pengesahan di Malaysia, seterusnya memerlukan anak guam saya mendaftarkannya secepat mungkin,”katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhmmad Ammar Yasser menolak sebarang dakwaan yang mengaitkan anak guamnya hanya bertindak mendaftarkan pernikahan selepas lebih setahun bernikah di Songkhla, kononnya kerana Marissa kini hamil.

"Oh tidak, apa yang saya jelaskan sebelum ini hanyalah contoh sahaja kerana untuk mana-mana pasangan pun, pendaftaran pernikahan sangat penting.

"Perkara membabitkan pengesahan pernikahan di bawah undang-undang negara mempunyai kaitan dengan isu perwalian, nasab, harta pusaka dan sebagainya,” ujarnya.

Pada 5 Mei lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi tujuan prosiding siasatan dan pengesahan pernikahan di luar negara.

Bagaimanapun, prosiding tersebut terpaksa ditangguh berikutan kesalahan teknikal yang berlaku ketika mengisi borang.

Untuk makluman, perkahwinan pasangan tersebut dikatakan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan isteri pertama Aslam, iaitu Umisya Mazlan, yang ketika itu berada di Tanah Suci mengerjakan umrah.

Untuk rekod, Ahmad Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang kini berusia tiga bulan.

Sementara itu, Marissa pernah kehilangan bayi yang dilahirkan secara pra-matang pada Ogos tahun lalu iaitu ketika usia kandungan enam bulan.