'Mangsa bersalin Januari lalu...' Didakwa noda junior dalam stor, lepasan SPM mohon ikat jamin untuk sambung matrik

Iklan

'Mangsa bersalin Januari lalu...' Didakwa noda junior dalam stor, lepasan SPM mohon ikat jamin untuk sambung matrik

SEORANG remaja perempuan melahirkan bayinya pada Januari lalu. Si kecil yang tidak diundang kehadirannya, dipercayai hasil hubungan yang didakwa berlaku tanpa kerelaannya di sebuah stor sekolah menengah.

Kini, beberapa bulan selepas kelahiran bayi perempuan itu, seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga bekas pelajar sekolah sama dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol pelajar bawah umur.

Iklan
Iklan

Tertuduh, yang baharu berusia 18 tahun, didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah stor sekolah di Kuala Krai sekitar jam 3 petang, April 2024.

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Sesyen baru-baru ini, tertuduh memohon agar dibenarkan diikat jamin bagi membolehkannya menyambung pengajian di sebuah kolej matrikulasi, sementara menunggu kes dibicarakan.

Iklan

Permohonan itu membuka perdebatan antara hak pendidikan tertuduh dengan keadilan buat mangsa yang masih bergelut dengan kesan trauma dan perubahan besar dalam hidupnya.

Iklan

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kerana tertuduh masih di bawah umur ketika kejadian, prosiding dan hukuman bakal dipertimbangkan mengikut Seksyen 91 Akta Kanak-Kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Norfarhan Liyana Wan Baharuddin.

Dalam prosiding itu, peguam bela memohon agar jaminan tidak melebihi RM3,000 dikenakan, mengambil kira latar belakang keluarga tertuduh yang terdiri daripada ibu bapa bekerja sebagai buruh kilang dan ladang.

Selainnya, faktor usia remaja berkenaan dan tawaran menyambung pengajian ke matrikulasi yang perlu mendaftar pada 23 Jun ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat agar tidak mengganggu mangsa serta saksi kes.

Kes akan disebut semula pada 26 Jun ini.