Sanggup redah Kelantan-Kedah naik motor demi kekasih 'online', remaja 14 tahun jadi mangsa r*g*l 

Iklan

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun gigih mengembara dari Kelantan ke Kedah untuk bertemu ‘kekasih’ yang baru dikenali di media sosial, membawa padah apabila dia menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.

PENGARUH media sosial terhadap remaja semakin membimbangkan apabila ada yang sanggup merentas negeri demi bertemu kenalan dalam talian.

Terbaharu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun gigih mengembara dari Kelantan ke Kedah untuk bertemu ‘kekasih’ yang baru dikenali di media sosial, membawa padah apabila dia menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, memaklumkan insiden itu berlaku pada Mac lalu ketika mangsa bersama seorang rakan perempuan sebaya menunggang motosikal dari Tumpat menuju ke Kulim.

Namun, motosikal yang dinaiki mereka rosak sewaktu melalui kawasan Gerik, Perak.

"Kedua-duanya kemudiannya menahan kereta orang awam untuk meneruskan perjalanan ke Kulim dan mangsa bertemu lelaki terbabit yang berusia lebih 30 tahun serta bekerja sebagai buruh.

"Mangsa dibawa ke satu lokasi di Kulim dan dirogol,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Libat Urus Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Selasa lalu.

Beliau memaklumkan bahawa ibu bapa kepada kedua-dua gadis terbabit telah membuat laporan polis selepas anak mereka tidak pulang ke rumah selama empat hari.

"Selepas siasatan dijalankan, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan dirogol.

"Sehubungan itu, suspek telah ditahan pihak polis untuk siasatan,” katanya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Tambah beliau, kes itu mendedahkan satu trend yang membimbangkan apabila semakin ramai remaja bawah umur sanggup melakukan perjalanan jauh demi bertemu kenalan media sosial tanpa pengetahuan ibu bapa.

"Siasatan awal mendapati punca utama pengaruh ini berkait dengan kecenderungan mangsa terhadap bahan pornografi dan pengaruh negatif media sosial,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa kejadian seumpama ini bukan lagi kes terpencil, malah semakin berleluasa dan memerlukan perhatian serius ibu bapa, terutamanya di kawasan luar bandar.

"Kita lihat pelajar hari ini pergi sekolah dan balik sendiri, jadi ibu bapa tidak boleh lepas tangan.

"Pengaruh luar amat kuat, dan anak-anak semakin berani kerana kurang pengawasan,” ujarnya.