51 tahun tapi masih bertenaga, Melly buktikan status legenda tak pernah pudar

Iklan

Melly membuktikan dirinya masih relevan dan terus menjadi ikon nostalgia.

TIGA tahun berturut-turut hadir mengadakan konsert di Malaysia, Melly membuktikan dirinya masih relevan dan terus menjadi ikon nostalgia. Buktinya, lebih 6,000 peminat setia membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil sambil mengenakan pakaian mengikut tema.

Meskipun sudah menjangkau usia 51 tahun, aura Melly tidak pernah pudar. Dia tampil penuh bertenaga dan emosi, mempersembahkan lebih 20 lagu hits yang membesarkan namanya, termasuk Ku Bahagia, Gantung, Tak Tahan Lagi dan Let’s Dance Together.

Konsert Ada Apa Dengan Melly...? Prom Nite turut diserikan dengan kehadiran dua nama besar industri muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search. Kedua-dua figura menjadi tumpuan orang ramai ketika menyanyikan semula lagu-lagu ikonik mereka oleh Melly, antaranya Janji Manismu, Aku Cinta Padamu, dan Isabella.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Malam turut menjadi lebih istimewa apabila pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra yang sinonim dengan watak Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? membuat penampilan istimewa dengan mendeklamasikan puisi. Lebih mengharukan, buku puisi itu dihadiahkan kepada seorang peminat yang baru melalui perpisahan, menjadikan momen tersebut antara yang paling menyentuh hati malam itu.



Selain Melly, konsert turut dimeriahkan dengan kemunculan Aida Abdul yang menyanyikan lagu Cinta, duet popular penyanyi itu bersama Kris Dayanti suatu ketika dahulu.