'Saya dah larang, tapi mereka nak pergi…' Ibu reda kehilangan 4 anak, seorang menantu dalam nahas Jerantut

Iklan

PERASAAN tidak sedap hati seorang ibu rupa-rupanya petanda kepada kehilangan empat orang anak dan seorang menantu maut.

Itu yang dikongsikan Zaini Noh, 52, ibu mangsa kemalangan di Kilometer 7, Jalan Jerantut Feri–Maran, Pahang, sekitar 12.40 tengah malam Jumaat lalu.

Antara yang terkorban ialah anak kedua hingga kelima daripada enam beradik, iaitu Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23; suaminya Mohamad Ikmal Ishak, 26; Mohammad Zulkifli, 21; Mohamad Azizul Hakimi, 19; dan Nurul Hazwani, 17.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Sinar Harian, wanita tersebut mememberitahu, memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, Zaini dan suami, Aziz Jaafar Yusof, 50, tidak ikut serta dalam perjalanan itu.

Iklan

Menurut wanita itu lagi, dia beberapa kali menasihati anak-anak supaya membatalkan hasrat mereka untuk ke rumah bapa saudaranya di Jerantut.

"Saya cakap pada mereka, kalau mak tak pergi, tak payahlah pergi. Tapi mereka tetap nak juga. Saya memang dari awal rasa tak sedap hati,” katanya.

Iklan

Walau bagaimanapun, mereka suami isteri akur dan selepas melihat kesungguhan anak-anak untuk berjumpa sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.

Dalam kejadian malang itu, kesemua mangsa menaiki Perodua Bezza yang bertembung dengan Toyota Alphard dalam kejadian tersebut.

Menurut Zaini, kunjungan itu sepatutnya menjadi lawatan menggembirakan kerana abangnya di Jerantut mengadakan kenduri korban.

"Mereka dah lama tak ke sana. Abang saya ada buat kenduri, jadi semua sepakat nak pergi. Anak bongsu saya dengan saudara-mara lain gerak awal, hari Khamis lagi,” jelasnya.

Dia turut mengimbas detik terakhir bersama anak-anaknya pada hari Selasa sebelum kejadian. Ketika itu, mereka datang mengambil dan mengemas barang sebelum bertolak ke rumah Arfiqah di Tambun.

"Mereka singgah kejap di rumah. Saya tengok semua ceria saja. Tak nampak langsung tanda-tanda nak jadi macam ni,"ungkapnya.

Zaini juga berkongsi cerita yang diceritakan oleh rakan-rakan arwah anaknya selepas kejadian.

"Kawan-kawan dia cerita, Zulkifli sempat belanja 10 orang kawan rumah sewanya makan nasi bungkus," jelasnya lagi.

Walaupun sukar untuk menerima hakikat, pasangan ini tetap tabah menghadapi ujian tersebut."Apa saya boleh kata... saya reda. ALLAH lebih sayangkan mereka,” luahnya dalam nada sebak.

Jenazah kelima-lima mangsa disembahyangkan di Masjid Jamek Bota Kanan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan pada Sabtu.